Nama : Paridah Binti Abu
Umur : 56 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang 

Puan Paridah memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengait kraftangan di rumah beliau. Beliau belajar mengait bersama rakan – rakannya dan kemudian membuat perniagaan tempahan mengait kraftangan seperti kopiah,bekas kuih,alas meja dan lain-lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI1M, beliau hanya mempromosikan di sekitar Jeram dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kini, beliau telah membuat facebook page untuk meluaskan lagi promosi kraftangan dari hasil dirinya sendiri. Melalui medan facebook dan facebook group, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar kraftangan yang dibuat olehnya yang akan menarik perhatian rakan – rakan di facebook.

 


 

Nama : Puan Susilawati Binti Samsudin @ Shamsudin
Umur : 46 tahun
Ahli : 2018

Latar Belakang

Puan Susilawatibinti samsudin @ shamsudin merupakan seorang usahawan yang memasarkan produk biskut,roti dan kek yang perniagaanya dinamakan Su Sinar Gemilang Enterprise. Pada permulaan perniagaan, beliau hanya memasarkan produk di kedai yang terletak di Bandar Kuala Selangor dan kemudian membuka sebuah lagi kedai di Taman Siakap Jeram. Dan kini perniagaan beliau telah berkembang di sekitar Jeram dan Kuala Selangor. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau hanya mempromosikan produk biskut, roti dan kek melalui kedai beliau di Kuala Selangor dan Taman Siakap Jeram sahaja sambil mempromosikan kepada rakan – rakan melalui whatsapp. 

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kini, Puan Susilawati telah membuka akaun facebook dan instagram untuk meluaskan lagi promosi produk beliau. Melalui laman sosial facebook dan instagram, beliau boleh memuatnaik gambar aktiviti serta gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi oleh semua rakan facebook serta dalam masa yang sama menarik perhatian pengguna facebook untuk membeli barangan yang telah dipromosikan.

NAMA

MUHAMMAD FARHAN B. SHAARI

UMUR

37

AHLI

2017

KATEGORI & PESERTA

LELAKI

 

LATAR BELAKANG

En Farhan merupakan seorang graduan Diploma Sains Komputer dari kolej ITPYPJ Johor Bahru. Mempunyai pengalaman kerja di bidang IT selama dua tahun. Seorang yang bekerja keras dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Amat berminat menceburi perniagaan terutama di bidang IT dan teknologi.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau hanya mempromosikan perkhidmatan dengan meletakkan banner di hadapan kedai serta tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Selain itu, beliau juga mempromosikan perkhidmatan di facebook dan whastup.

 


SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas beliau mengikuti kelas usahawan di PI, beliau telah berjaya memperluaskan lagi promosi perniagaan dengan membuka pages facebook serta blog. Beliau juga kini lebih berkemahiran dalam mempromosikan perkhidmatan apabila mengikuti kelas keusahawanan.

 


 

 

 

 

Nama : Nurul Adilah Ruslan
Umur : 26 tahun
Ahli : 2017

 

LATAR BELAKANG

Cik Adila merupakan seorang graduan Ijazah Perguruan. Mempunyai pengalaman kerja di bidang perguruan. Cik Adila seorang yang suka kepada kecantikan. Dan berminat menceburi perniagaan terutama dalam bidang kecantikan. Dan beliau telah menceburi bidang kecantikan dengan menjadi agen salah satu produk yang sedang gah diperkatakan oleh orang ramai iaitu Produk Nurraysa.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau mempromosikan produk dengan menyewa tapak jika ada karnival jualan berlangsung selain itu menjual dengan rakan-rakan sekerja.


SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas beliau mengikuti kelas usahawan di PI, beliau telah berjaya memperluaskan lagi promosi perniagaan dengan membuka pages facebook serta blog dan juga instagram. Beliau juga kini lebih berkemahiran dalam mempromosikan produk kecantikan.

NAMA

SITI HIDAYAH BINTI ABU TAIB

UMUR

35

AHLI

2017

KATEGORI & PESERTA

WANITA

 

Latar Belakang

Puan Hidayah  memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuat kek dan cheesetart di rumah beliau.Tempahan dibuat pada setiap hari. Kemudian beliau meluaskan perniagaan secara online di media sosial. Perniagaan semakin berkembang maju setelah rakan di media sosial melihat iklan berkenaan tempahan kek dan cheesetart tersebut.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau hanya mempromosikan kek dan cheesetart melalui saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kini, beliau telah membuka akaun facebook untuk meluaskan lagi promosi kek dan cheesetart. Melalui medan facebook, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar kek dan cheestart yang akan menarik perhatian rakan – rakan di facebook.