ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke gerbang portal Pusat Internet (PI) Batu 19 Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Portal ini disediakan bagi memberi maklumat dan informasi yang berguna kepada para pengunjung di laman ini.

Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada penyediaan ICT di kawasan luar bandar. Pada permulaannya, pusat ini lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) sebelum bertukar nama kepada Pusat Internet  (Pi) pada tahun 2012.

Sebanyak 12 Pusat Internet pertama diwujudkan untuk Fasa Rintis, diikuti pula oleh 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, serta 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

TUJUAN PENUBUHAN :

- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalakan di Pusat Internet.

- Merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. 

 

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN :

 

 

LATIHAN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INTERNET 

 

- PengenalanAsasKomputer

 

- Asas Internet

 

- Aplikasi Elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)

 

- Desktop Publishing (Microsoft Office)

 

- Latihan Keusahawanan

 

- Kelas Adobe Photoshop & Illustrator

 

- Klik Dengan Bijak (KDB)

 


 

WAKTU OPERASI

ISNIN - AHAD

9.00AM – 1.00PM

REHAT

1.00PM – 2.00PM

   

JUMAAT

9.00AM – 12.30PM

REHAT

12.30PM – 2.30PM

   

TUTUP PADA CUTI UMUM

 

 

 

 

 

 

 

Kategori

Bayaran Per Jam

(RM)

Ahli

1.00

Bukan Ahli

2.00

Pelajar

PERCUMA

-berumur 20 tahun dan ke bawah; atau

-mempunyai kad pelajar(university dll)

Warga Emas

PERCUMA

*berumur 60 tahun

Orang Kelainan Upaya     

              (OKU)

PERCUMA

-perlu mengemukakan Kad OKU; atau

-atas budibicara Penyelia

   

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 


 

MAKLUMAT PETUGAS PUSAT INTERNET 

Pengurus : Siti Sarah Binti Hazamrus

No tel  : +6013 250 8959

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Portal : batu19jeram.pi1m.my

Alamat : Pejabat JKKK Jln Klang

               Off Jln Pantai Jeram, Batu 19 1/2 

               45800 Jeram Selangor.

 

 

Pen.Pengurus : Norliyana Binti Jinal

No tel : +6018 660 3959

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Portal : batu19jeram.pi1m.my

Alamat : Pejabat JKKK Jln Klang

               Off Jln Pantai Jeram, Batu 19 1/2 

               45800 Jeram Selangor.

 

 

 

PUSAT INTERNET  KG BATU 19 JERAM

 

JUMLAH AHLI

                             1226

 

JUMLAH PENGGUNAAN

                           29298

 

JUMLAH PELAJAR DILATIH

                           4846

 

JUMLAH PENGUNJUNG

                           61091