Nama

: Zaharah Binti Sharif

Umur

: 61 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Puan Zaharah merupakan anak jati Kg Jeram. Beliau menjalankan perniagaan membuka gerai makan di Pantai Jeram. Pengunjung yang dating ke Pantai Jeram merupakan antara pelanggan yang akan berkunjung ke Gerai makan Pn Zaharah. Antara menu yang di jual seperti mee sup, soto, kerang bakar, asam pedas ikan dan pelbagai lagi menu sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya. Beliau juga mempromosikan secara mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh PEDi, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatannya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PEDi, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

 

Nama

: Nurul Hafiza Binti Muhamad Tawil

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

 

Puan Nurul Hafiza merupakan anak jati Kg Bukit Kuching. Beliau merupakan agen bagi produk Amway. Beliau merupakan seorang suri rumah yang mengisi masanya dengan membuat jualan secara dropship di media sosial. Beliau menjual produk Amway, iaitu sejenis produk vitamin dan makanan tambahan kepada badan manusia. Ramuan yang terdapat di dalam produk Amway adalah berasaskan Sains Moden dan Kearifan Herba menjadikannya Nutrisi Herba Moden pada zaman kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Nurul Hafiza merupakan anak jati Kg Bukit Kuching. Beliau merupakan agen bagi produk Amway. Beliau merupakan seorang suri rumah yang mengisi masanya dengan membuat jualan secara dropship di media sosial. Beliau menjual produk Amway, iaitu sejenis produk vitamin dan makanan tambahan kepada badan manusia. Ramuan yang terdapat di dalam produk Amway adalah berasaskan Sains Moden dan Kearifan Herba menjadikannya Nutrisi Herba Moden pada zaman kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh PEDi, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatannya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PEDi, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin

 

Nama Nur Farifah Binti ishak
Umur 27
Ahli 2009

 

Latar belakang

Farifah merupakan pelajar Politeknik di Selangor dan merupakan salah seorang ahli berdaftar di PIK Kg Batu 19 Jeram, beliau mula mendaftar ahli dan mengunjungi PIK sejak tahun 2009.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK 

Sebelum pengunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Komuniti, beliau banyak membuat kerja – kerja kursus di rumah sahaja. Beliau membuat kerja kursus menggunakan bahan rujukan asas dan mendapatkan data dari rakan sekelasnya. Beliau juga kurang mahir untuk membuat kerja – kerja menggunakan computer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau mengenali Pusat Internet. Beliau lebih suka meluangkan masa lapang di Pusat Internet Komuniti  sewaktu PKP. Kelas dan latihan ICT yang disediakan di Pusat Internet Komuniti banyak membantu beliau untuk menguasai penggunaan komputer dan memahami kepentingan ICT. Beliau juga menyedari internet kini adalah medium penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga dapat menyiapkan kerja – kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah beliau.

Nama

: Arif Afis Haikal Bin Kamal Ariffin

Umur

: 10 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Arif Afis merupakan pelajar tahun 4 yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Jeram.  Beliau merupakan salah seorang ahli berdaftar di PEDi Kg Batu 19 Jeram, beliau mula mendaftar ahli dan mengunjungi PEDi pada tahun ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau mengulangkaji pelajaran dengan hanya mencari maklumat di buku teks yang sedia ada.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PEDi Kg Batu 19 Jeram, beliau kini sudah pandai menggunakan perisian Microsoft Office, carian maklumat di  Google dan sebagainya. 

 

 

Nama : Zayarinah Binti Mad Jaya
Umur : 48
Ahli 2010

 

Latar belakang

Puan Rinah menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu menjual produk Sambal tempoyak petai ikan bilis.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau hanya menjual secara kecilan di rumah dan mengambil tempahan orang kampung yang berdekatan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menghadiri kelas keusahawanan di PIk Kg Batu 19 Jeram, beliau telah mempromosikan produk beliau di Facebook dan juga jual di shopee.