Belia adalah generasi harapan bangsa dan negara untuk masa kini dan masa akan datang. Mereka adalah pewaris kepimpinan dan tunjang pembangunan dalam merealisasikan matlamat negara dalam apa jua aspek-aspek penting yang boleh menyumbangkan kepada bangsa dan tanah air.

Belia pada masa kini sangat berpotensi serta mempunyai bakat semula jadi yang mana di era globalisasi ini, tenaga kerja para belia diperlukan oleh kerajaan bagi sama-sama membantu memperkembangkan ekonomi negara. Para belia yang cekap dan kreatif dalam hal pengurusan dan pengusahaan amat membantu dalam mempelbagaikan sumber ekonomi negara. Para belia mengetengahkan bakat dan kekreatifan mereka terbuka luas. Tambahan lagi dengan wujudnya alat telekomunikasi yang semakin canggih, belia seharusnya merebut peluang untuk memahirkan diri mereka dalam bidang teknologi infokomunikasi (ICT).

 


KEUSAHAWANAN MUDA

12 April 2016, aktiviti yang dilakukan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pihak kominiti untuk lebih dekat lagi menceburi dalam perniagaan. Selain kami memberi penerangan mengenai cara - cara memulakan perniagaan dan membuat laman jualan mereka sendiri secara ringkas.

 

Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku. Salam ingatan kepada warga polis DUN Jeram sempena meraikan sambutan Hari Polis ke 210 pagi ini.

Polis dan masyarakat berpisah tiada. Beliau adalah wakil belia Jeram, Selangor.