SENARAI TEMPAT TEMPAT WARGA KUALA SELANGOR MENJAMU SELERA
TERIMA KASIH KEPADA PENULIS ASAL.
Ramai yang pulang ke kampung atau orang luar datang ke Daerah Kuala Selangor mencari tempat makan yang terbaik jadi ni antara tempat makan yang telah lama ada di daerah kuala selangor mari lihat2 di bawah.
Daerah Kuala Selangor
Makan pagi
1.Deretan Gerai Sebelah CIMB(mcm2 pilihan ada nasi lemak kueh mueh)
2.Auntie kopitiam(nasi lemak bungkus , roti bakar dan msakan baba nyonya)
3.Restoran Rahmaniyah (pekan lama,mamak,roti canai kuah dal dia mmg lejen,ada nasi lemak bungkus juga,lebih 30 tahun meniaga dia kuala selangor)
4.Restoran Hamzah(pekan lama
saing2 rahmaniyah)
5.Warung Wak Menan(kg tgh asam jawa, menarik varieti nasi lemak bungkus byk dan kueh mueh serta roti canai).
6.Warung ibu( asam jawa ,jln besar asam jawa ijok , nasi lemak dan lain2)
7.Warung nasi lemak akak rock(sebelah petronas tjg karang ,nasi lemak dia mmg padu lauk2 dia pun sedap)
8.Restoran nasi kandar malawati( dulu org panggil restoren ollis dpn pusat zakat, roti canai dia sedap lps tu ada vadey putu mayam dan teh tarik wunekkk)
9.Medan selera sg buloh (warung suder , roti canai dia perghhh kene pulak roti sardin dia mmg tak kedekut bahan mmg sedap recommend utk cuba ada juga lauk2.)
10.Gerai Nasi Lemak Bawah Bukit Jeram sebelah tmpt menembak( byk lauk dia mmg sedap , tmpt nak lpk2 pum best tak bising sgt.
11.Gerai Nasi Lemak Wan Chik (kg ujung permatang katakooo, membe review kata nasi lemak sotong, sardin dia lejen ....aduhhh handooo betul admin blh tak tahu tmpt lejen ni)
12.Gerai minum pagi depan masjid kg permatang ( sini special menu dia pagi2 ada ketupat ... memang menarik dan bestt admin bg 5 ha)
Makan Tengahari
1.Suairasa (dekat sebelah avon kuala sel,kira lebih 20 tahun niaga kat situ mmg best)
2.Pantimor (di pekan lama kuala selangor hok ore kawe2 nok make masakan pantai timur hok molek make kat sini)
3.Gerai asam pedas ikan sembilang( kt kunci air sg.sembilang jeram ,panas2 ooo asam podas disediakan ikan pun fresh byk pilihan)
4.Restoren Bagan(kat kaki bukit malawati, masakan gulai dia mmg padu dan nasi ayam dia pun boleh tahan disamping ikan bakar dan ayam bakar dia)
5.Restoren ibu nasi ambeng ( jalan besar tanjung karang, dikatakan nasi ambang dia mmg sedap dan lejen jawaaa betul)
6.Malawati steak house( dkt belakang Bank Rakyat, dikatakan chicken chop diaa mmg padu resepi dia mmg turun temurun org kuala slgor tahu la cite dia...dia niaga dr rest house atas bukit malawati dulu, masakan lain dia pun best juga)
7.Restoran Sangarama ( tepi jalan besar kuala bawah tmpt jln kaki,masakan minang tu membe punya kedai ramai org tgh hari)
8.Warung Pak Abu ( sebelah IADA , lauk pauk dia sedap ,jemput dtg restoran lama ni)
Kudap2 petang
1.Depan parking tesco mcm2 goreng2 ada jual
2.Cendol Borhan(jalan besar tanjung karang)
3.Warung Soto Pasir Penambang(jalan besar tjg karang soto lejen , pecal lejen sedapp ooo)
4.Warung Mee udang Banjir(jalan besar tjg karang)
5.Warung Soto (bukit kucing nama dia lupe la sapa tau sila komen)
6.warung soto sg serdang (ni mmg sedap ayam dia besar)
7.Kedai Air kelapa(dekt pasar pasir penambang , mmg sedap tekak tgh panas kene pula tu , air tebu pun fresh, dan yg paling best tgk live kaum wanita yg ptong kelapa tu dgn cara yang menarik laju dan padu)
8.Warung Mee Kari Rahman cowboy(Asam jawa, jalan besar kuala sgor - klang, mee kari dia berhantu org kata)
9.Kedai Uncle Dollah ( pekan lama dkt jeti lama)
10.Cendol Bakar drive thru (asam jawa)
11.Gerai Putu Piring dan kueh mueh ( di sebelah petronas sg bulohh ni kira lejen jugak mmg lama pck ni niaga
12.Karipap gergasi ( berhampiran dewan asam jawa)
13.Gerai kueh mueh ( sg gulang2 ,mmg byk kueh dan sedap lak tu,gerai dia dkt tepi jalan besar area padang kg sg gulang2 dtg cpt2 pasal kueh dia cpt habis)
14.Warung Udang Galah (pasir penambang area blkg bgnunan baru dpn jpj pasir penambang , mmg baik nasi goreng ke mee ke maggi ke udang galah dia memang tak kedekut mmg terbaikk)
Makan malam
1.Medan ikan bakar jeram(ni kedai paling lama utk ikan bakar ingt lebih 30 tahun lebih lagi,)
2.Aroma ikan bakar (sebelah kedai di atas je, sentiasa ramai org tak caya pergi tgk )
3.Raisudin Corner (di pekan lama ni bapa siti sarah..kedai nya makin besar dan sedap2 masakan dia ayoh marila rasa)
4.Satay hut tg.karang (sate dia besar bak angg)
5.Medan selera kuala selangor (byk pilihan makanan masakan panas2, try nasi goreng udang kertak, nasi goreng ikan pari dia perghhh mmg padu, kat situ ada gak chicken chop dan ayam penyet,ramai memang ramai)
6.Nasi lemak sasaran (lps turun jambatan sg buloh belah kiri).
7.Muara HNP ( sup isi ketam dia mmg sedap, pastu stimbot dia pun sedap, ni kira lejen restoren jugak)
8.Warung Bakso(jln besar kuala sgor - klang, bakso dia mmg sedap disamping satey minang dia perghhh )
9.Restoren Riverview( Pasir Penambang)
10.Thai seafood (barisan pizza hut kuala)
11.Bersatu Cafe(dekat bangunan UMNO
12.Kerang bakar (PANTAI REMIS)
13.Noah street Burger ( dkt area kompleks PKNS)
14.Lat Tali Lat Steambot and grill ( jeram, nak try ni tgk tmpt best)
15.Gerai UCU (Sg Gulang2, berhampiran bhp sg gulang2 , nasi goreng udang dia nasi goreng ayam dia memang baikk beb)
Eksotik
1.bole try rendang landak kt parit 9 sekinchan
2.Mentarang bakar faridah parit 7 sekinchan
Burger
1.Jeman burger bakar depan 7e
2.Burger depan restoren salsabeel
3.Burger dkt area tesco bnyk pilihan.
4.ROCK BURGER dpn speedmart sg buloh ni bukan jual burger je chiken chop,meat ball dan mcm2 lagi yg sgt enak dan sedap g try cpt2 pasal mmg sedap
So ini adalah tempat2 yang menarik di kuala selangor..byk lagi mgkn ada yg tertinggal kalau ada korng komen bg tahu nanti.sy update
Korang boleh la try mana yg korang suka pastu bg tahu kawan2 sedara mara yang jauh2 tu Dtg menikmati tempat makanan yang best di PEKAN KUALA SELANGOR
Bersama merancakkan pertumbuhan ekonomi Daerah kuala selangor , jom share2 pada grup2 dan kawan2 supaya tempat kita dikenali ramai dan seterusnya menjadi promosi pelancongan makanan yg terkenal di malaysia inshallah...
P/S : no 1 2 3 dan selanjutnya bukan la utk membanding2kan diantara satu sama lain tetapi utk rujukan berapa banyak restoren dan warung2 yg terdapat di Daerah Kuala selangor
Sekian,
Credit: Nurhaidah Abdullah dan fb
https://www.facebook.com/kobe.asyraf
terima kasih brother!
AROMA IKAN BAKAR DI PANTAI JERAM SELANGOR
ALAMAT : Jalan Jati, Jeram, 45800 Jeram, Selangor, Malaysia
MAKANAN TEMPATAN
1. Nasi Ambeng
Nasi Ambeng merupakan sinonim dengan masyarakat melayu jawa. kebiasaan makanan ini dihidangkan untuk kenduri tahli atau majlis majlis kesyukuran kampung. Penduduk biasanya akan makan sedikit dan selebihnya dibungkus dan dibawa pulang. Nasi Ambeng dihidangkan didalam satu talam penuh untuk 4 orang. Antara Teraju utama makanan ini ialah Ayam masak kicap, sambal tempe, kerisik, ikan masin dan mee goreng.
2. Cendol
Di sekitar kawasan Jeram khususnya daerah Kuala Selangor terdapat beberapa gerai cendol. Dan dua diantaranya yang sangat terkenal. Iaitu gerai cendol Bakar Drive Thru dan Cendol abang Borhan. Cendol merupakan makanan yang melangkaui pelbagai bangsa. Bahan yang terdapat dalam cendol biasanya Cendol, ais, santan segar, gula merah dan penambahan lain seperti durian dan tapai, bergantung kepada selera pelanggan.
3. Soto
Soto suatu makanan berkuah sup yang enak. Ada mengatakan soto adalah satu makanan dari orang jawa Bali Indonesia. Tapi, mungkin juga dakwaan tersebut kerana majoriti penduduk melayu Malaysia datok nenek moyang mereka dari Indonesia. Namun, Soto telah berovolusi di Malaysia dari zaman ke zaman. Antara resipi utama soto ialah kuah sup daging/ayam, nasi impit, ricihan ayam goreng, kacang dan suun goreng. Serta sedikit sambal cili padi kicap untuk memberi rasa Kick pada soto.
4. Tapai Pulut.
Di sekitar kampung Jeram terdapat beberapa penduduk yang membuat tapai. Namun kebanyakan mereka sudah mencecah umur warga emas. Masayarakat Jeram biasanya akan menghidangkan tapai ketika waktu kenduri atau majlis keraian di kampung. Proses membuat tapai amatlah rumit dan mempunyai pantang larang. Dari proses membasuh beras pulut, mengukus pulut dan membungkus perlu teliti serta sangat menjaga pantang larang. Antara pantang larang yang diberitahu ialah, perlu memakai penutup kepala, lakukan ketika hati sedang gembira dan jangan banyak bercakap. Baru tapai yang dihasilkan manis dan enak. Mungkin disebabkan itu juga golongan muda hampir tiada ingin mempelajari membuat tapai.
5. Kuih Kemboja / Bahulu Kemboja
Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Ia sangat bersesuaian, enak serta sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut bagi majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan bahan perasa dan pewarna secukupnya. Cara membuat kuih ini ialah menggunakan acuan khas dan ia dibakar dengan dapur arang.
6. Ais Mangga