ALAMAT : JALAN JATI, PANTAI JERAM

Kampung Jeram yang merupakan salah satu tempat didalam daerah Kuala Selangor yang sinonim dengan hasil laut sebagai keutamaan dan pertanian. Sudah tentu produk tempatan yang paling banyak di sekitar kampung jeram ialah produk pertanian dan hasil laut. 

Disenaraikan produk tempatan di sekitar Kampung Jeram yang menjadi tumpuan dan boleh dikembangkan lagi.

 

1. Restoran Aroma Ikan Bakar

 

Restoran yang dinamakan sempena sub menu utama restoran ini iaitu Ikan Bakar maka terhasilah nama Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram. Berlokasi 1 kilometer dari jalan utama Kuala Lumpur - Kuala Selangor menjadikan suatu tempat yang mudah untuk di akses. Menu utama di restoran ini sudah tentulah hasil laut yang segar datang dari nelayan di sekitar seluruh daerah Kuala Selangor. Hasil laut segar menjadi kunci utama untuk restoran ini. Antara Hasil laut yang menjadi menu di restoran ini ialah Ikan Kerapu, Ikan siakap, Udang harimau, Sotong botol, kerang dan beberapa jenis ikan yang enak enak.

Ikan atau hasil laut yang baru naik dari laut akan diletakkan disuatu tempat seperti pasar basah dan pengunjung akan memilih menu pilihan laut mereka dan ditimbang kemudian barulah pelanggan memilih untuk memesan masakan apa yang mereka hendakkan.

 

 

 

Kedudukan lokasi restoran Aroma Ikan Bakar ini memang strategi. Berhadapan dengan selat melaka, melihat hamparan pantai yang indah dan jauh dari kesibukan kota dan dalam suasana nelayan memang sesuai untuk mereka yang datang berkeluarga sehingga yang datang sorang sekalipun.

Restoran ini juga menyediakan Bamboo Port atau pondok buluh untuk mereka yang sukakan suasana lepak tepi pantai sambil bersila. Namun Bamboo Port ini hendaklah ditempah dahulu kerana permintaannya amat tinggi terutama hujung minggu dan cuti sekolah.

Tempat letak kereta juga disediakan dengan keluasan yang besar. Muat untuk menempatkan 30 biji kereta dalam satu satu masa. Pihak Aroma Ikan Bakar juga menyediakan pengawal parking serta tiada caj untuk meletakkan kenderaan di ruang parking itu. Ia merupakan Ihsan untuk pelanggan restoran Aroma Ikan Bakar.

 

 

Restoran ini beroperasi setiap hari. Isnin-Jumaat bermula jam 3:00 petang sehingga 12 tgh Malam. Manakala Bagi Sabtu dan Ahad. restoran ini mula beroperasi dari jam 12 tgh Hari sehingga 12 tgh malam.

 

 


2. The Kabin @ Pantai Jeram

 

The Kabin. Mendengarnamanya juga sudah terbayang di fikiran kita tentu ia datang dari kabin kontena. ya memang benar, konsep hotel atau tempat penginapan ini adalah dari kabin kontena yang di ubah suai menjadi hotel atau pun homestay. kemudian sedikit sebanyak pemilik The kabin ini menukar kepada sebuah resort mini yang sangat cantik.
 
Resort ini menggunakan Kabin atau Kontena sebagai bilik penginapan dan mempunyai dekorasi yang amat menarik dan sesuai bagi sesiapa yang ingin mendapatkan ketenangan. Lokasinya tak jauh pun dari ibu kota, dan ia berhampiran dengan pantai jeram yang berhadapan dengan selat melaka. Kawasan sekitarnya juga terdapat hutan simpan paya bakau. Jadi mereka yang mahukan kedamaian, cintakan alam flora fauna dan pantai. The Kabin adalah tempatnya!
 
Jadi Pusat Internet 1 Malaysia Kongsikan gambar menarik untuk anda.

 

Seperti yang dikatakan tadi, tempat ini amat sesuai untuk menenangkan fikiran. Tempat yang sangat cantik dan murah, untuk mendapatkan butiran lebih lanjut atau membuat sebarang tempahan awal, hubungi +60176783825 atau +60185932014 .
 
 
 
NASI AYAM HAINAN
 
Nasi ayam Hainan, mungkin tak ramai yg TAHU asal-usul hidangan ini. 90% bahan mentah fresh, 10% lg tu kicap cair, minyak bijan, sos cili & kiub pati ayam. Nasi ayam yg di kukus, Ayam pun dikukus,  Sup kcang Tanah, SOS cili lada besar, halia & bawang putih, Timun jepun & salad kerinting
 
 
 
 
IKAN BAKAR PANTAI JERAM
 
LOKASI : JALAN PANTAI JERAM 45800 JERAM
 
Menyediakan pelbagai masakan laut.