Makluman penting kepada:

1. Penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas.

2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin.

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk dua golongan di atas akan bertukar ke "Tidak Lengkap Vaksinasi" di aplikasi MySejahtera sekiranya tiada Dos Penggalak.

Penukaran status ini tidak melibatkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan menerima dos lengkap jenis vaksin yang lain (contoh: Pfizer, AstraZeneca, CanSino)

 
Perkara Wajib Bagi Semua Pengendali Makanan Termasuk Pengusaha Makanan Di Rumah (Home based)
 
1. Menjalani latihan dan mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
2. Mendapatkan pelalian vaksin anti tifoid
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi talian 03-8885 0797.
 
 
 
Janji temu dos penggalak vaksin COVID-19 akan diberikan melalui MySejahtera.
Sekiranya anda terlepas janji temu atau memerlukan vaksinasi segera, hubungi PPV terdekat untuk didaftarkan dalam senarai menunggu.

 

Norma baharu di sekolah - Saranan kepada warga sekolah

📌 Saringan kesihatan di pintu masuk
📌 Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun / hand sanitizer
📌 Pematuhan penjarakan fizikal
📌 Amalan etika batuk dan bersin yang betul
📌 Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh
📌 Pastikan pengaliran udara yang baik di setiap bilik / makmal
📌 Tandas sekolah sentiasa bersih dan sabun disediakan
📌 Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/5007820242602800 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku