Sebarang perkongsian atau penyebaran BERITA PALSU adalah satu jenayah.

Fikir dahulu dan pastikan maklumat tersebut sahih sebelum sebarkan kepada kenalan anda . Jgn libatkan diri sehingga boleh menggugat ketenteraman awam & keselamatan negara.

Katakan tidak kepada BERITA PALSU!

berita-palsu

INFO KESIHATAN MENCEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1-tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2-bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3-sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4-membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5-memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6-membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Sebagai cara mencegah virus Covid-19 , kita di nasihatkan supaya;

 

 1. Elakkan pergi atau berkumpul ke tempat-tempat yang sesak.

2. Kerap cuci tangan dengan sabun dan air. Ajar dan tunjukkan cara yang betul untuk mencuci tangan pada anak-anak kita. Virus ni boleh hidup pada tangan selama 10 minit. Amalkan guna hand sanitizer.

3. Pakai face mask.

4. Tutup mulut dan hidung dengan tisu jika bersin atau batuk.

5. Dapatkan pemeriksaan segera jika ada simptom demam tinggi dan masalah jangkitan saluran pernafasan seperti batuk.

6. Elakkan bersentuhan atau bersalaman dengan mereka/individu yang ada simptom virus ini.

7. Ambil vitamin untuk kuatkan sistem pertahanan badan(antibodi) seperti Vitamin C. Ni pakar yang sarankan.

KKM juga nasihatkan supaya tangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya negara-negara yang berisiko ada kes wabak Covid 19 ni.

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 3 dah wabak ni menular. Angka kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat kesan daripada gelombang kedua virus ni. Allahu, sama-sama kita doakan semoga wabak ni berlalu pergi.

Baca juga : Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit

Jaga diri dan family, jaga keselamatan dan jaga kesihatan korang ya!https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t96/1/16/1f49c.png");">💜

*kredit :rubiahkadir.com

 

90055772 1474470332727164 2860111373440909312 n 89786879 1474470366060494 2349206081365868544 n

90318280 1474470399393824 332337770431250432 n

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

LATAR BELAKANG

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.

Enam (6) bahagian yang menjadi tonggak penggerak JKNS adalah Bahagian Pengurusan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan,  Bahagian Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Disamping itu, terdapat 32 Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama  iaitu dua belas buah (12) hospital, sebelas (11) Pejabat Kesihatan Daerah, sembilan (9) Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah dan dua (2) Pejabat Kesihatan yang berada di bawah tadbiran JKNS.

Manakala Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ialah gerbang laluan kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh JKNS menerusi internet. Pembangunan Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dilaksanakan oleh Unit Teknologi  Maklumat di bawah seliaan Bahagian Pengurusan JKNS.

Hospital Tanjong Karang

Alamat : 115 Jalan Besar,Tanjong Karang,45500,Selangor,Malaysia

 

Klinik Kesihatan Jeram

 

   

 

Klinik Kesihatan Jeram

Jalan Klang 

45800 Jeram

Kuala Selangor.

No Tel : 03 32647075

Waktu Operasi : 8.00AM - 5.00PM