Semak nombor pendaftaran MAL dan pastikan iklannya ada nombor kelulusan KKLIU.

#biarbetuliklanni
#adaKKLIUbaruOK
#jualubatberdaftar

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

 

 

Apabila anda telah mendapat tarikh untuk mendapat vaksinasi COVID-19, ini perkara-perkara yang anda perlu pastikan sebelum pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

✅ Telah mengemaskini makumat peribadi dalam aplikasi MySejahtera
✅ Telah menjawab semua soalan penilaian kesihatan dalam MySejahtera
✅ Baca dan fahami Borang Persetujuan Suntikan vaksin COVID-19
✅ Pergi ke lokasi PPV pada tarikh dan masa yang ditetapkan
✅ Bawa kad pengenalan dan telefon bimbit yang mengandungi aplikasi MySejahtera yang telah diaktifkan
✅ Pakai pakaian yang sesuai untuk mendapatkan suntikan di bahagian atas lengan
✅ Warga emas dan OKU digalakkan datang bersama pengiring

#COVID19
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
#SihatMilikSelangor

 

JOM MENDAFTAR‼️ 📣
Terdapat 5 kaedah pendaftaran vaksin COVID-19
1️⃣ Laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (vaksincovid.gov.my)
2️⃣ Menerusi aplikasi MySejahtera
3️⃣ Talian hotline 1-800-888-828
4️⃣ Di Klinik Kesihatan dan hospital awam serta swasta
5️⃣ Menerusi program bantuan (outreach) bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman

Kontak Rapat merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 manakala Kontak Kasual merupakan individu yang berada dekat dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif COVID-19 tanpa diketahui. Individu ini berisiko rendah untuk dijangkiti berbanding kontak rapat.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#SihatMilikSelangor