Laluan Seni Kuala Selangor ini terletak di Pekan Lama Kuala Selangor. Berkonsepkan Arts Of Street , anda boleh berkunjung ke sini bersama keluarga untuk melihat, di samping ber OOTD (Outfit Of The Day) seisi keluarga untuk di jadikan sebagai "moment" terindah dalam hidup anda.Terdapat pelbagai variasi mural yang cantik dan indah lagi unik yang boleh di saksikan sebagai halwa mata anda.

Alamat : Pekan Lama Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

 

 

 

Taman haiwan Hussin Fauzi Farm ini terletak di Kampung Bukit Belimbing. Berkonsep sebagai sebuah mini letting zoo, anda boleh berkunjung ke sini bersama keluarga untuk melihat, bermain dan berinteraksi bersama haiwan-haiwan seperti kambing, rusa, arnab dan banyak lagi.

Terdapat juga haiwan-haiwan reptilia yang anda boleh saksikan. Burung-burung liar seperti burung unta dan burung merak juga ada. Ramai penjaga haiwan di sini yang akan memberikan informasi dan demonstrasi tentang haiwan-haiwan di sini.

Alamat : Batu 45,kampung teluk penyamun, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan, Kuala Selangor, Malaysia, 45600

Telefon : 017-264 1038

Selangor Fruit Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar. Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. disini juga terdapat pelbagai kawasan yang menarik seperti rumah tinjau tiga tingkat, ecobridge courtyard, laman mini, taman herba, taman rusa serta taman arnab. tempat yang amat sesuai untuk menikmati keindahan hijau serta beriadah bersama keluarga!!!
lebih info di : http://www.pkps.gov.my/perladangan/selangor-fruits-valley/

FIREFLY PARK RESORT KAMPUNG BUKIT BELIMBING

Selain di Kampung Kuantan, anda sekeluarga juga dapat menikmati pemandangan penuh magikal kelip-kelip di Bukit Belimbing. Aktiviti yang ditawarkan Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing ini cukup menarik untuk dicuba. Sepertimana di Kampung Kuantan, anda akan menaiki bot yang akan menyelusuri sepanjang Sungai Selangor untuk melihat kelibat gerombolan kelip-kelip yang banyak terdapat di sekitar pohon-pohon Berembang di tepian sungai. Kebiasaannya, kelip-kelip akan mula menunjukkan diri sekitar 1 jam selepas matahari terbenam. Cahaya yang dihasilkan cukup terang pada sekitar 2 ke 3 jam terawal dan semakin berkurang apabila menghampiri waktu subuh.


Address: Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Telephone No: 03-3260 1208
Website: https://www.facebook.com/FireflyParkResort/