Tarikh

: 15 November 2024 (Jumaat)

Masa

: 10.30pagi - 12.30tghari

Lokasi

: Maahad/Sekolah Menengah Hafiz Banat Jeram

Peserta

: 108 orang

 

Tujuan

  • Bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak sekolah di daerah Kuala Selangor serta di daerah sekitarnya.
  • Memperkenalkan NADI dan memperomosikan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NADI.
  • Menyampaikan maklumat sahih dan tepat tentang cabaran penyebaran berita palsu di internet.
  • Memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan keselamatan siber dan etika digital.
  • Meningkatkan kefahaman dan pelajar tentang tanggungjawab dalam penggunaan media sosial.

Aktiviti

  • Dikelolakan oleh Petugas NADI di dalam daerah Kuala Selangor.
  • Taklimat Keselamatan Siber: Penceramah menerangkan langkah melindungi identiti digital, mengelak serangan siber, dan menjaga data peribadi.
  • Bengkel Etika Media Sosial: Simulasi dan perbincangan mengenai cara menangani buli siber dan interaksi tidak sesuai.
  • Mengenali Berita Palsu: Permainan dan kajian kes untuk mengenal pasti berita palsu, membezakan sumber sahih, serta mengesahkan maklumat.
  • Sesi Soal Jawab: Ruang untuk peserta bertanya dan mendalami pemahaman topik.