Makluman penting kepada:

1. Penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas.

2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin.

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk dua golongan di atas akan bertukar ke "Tidak Lengkap Vaksinasi" di aplikasi MySejahtera sekiranya tiada Dos Penggalak.

Penukaran status ini tidak melibatkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan menerima dos lengkap jenis vaksin yang lain (contoh: Pfizer, AstraZeneca, CanSino)