MAKANAN TEMPATAN

1. Nasi Ambeng

Nasi Ambeng merupakan sinonim dengan masyarakat melayu jawa. kebiasaan makanan ini dihidangkan untuk kenduri tahli atau majlis majlis kesyukuran kampung. Penduduk biasanya akan makan sedikit dan selebihnya dibungkus dan dibawa pulang. Nasi Ambeng dihidangkan didalam satu talam penuh untuk 4 orang. Antara Teraju utama makanan ini ialah Ayam masak kicap, sambal tempe, kerisik, ikan masin dan mee goreng.

 

 

2. Cendol

Di sekitar kawasan Jeram khususnya daerah Kuala Selangor terdapat beberapa gerai cendol. Dan dua diantaranya yang sangat terkenal. Iaitu gerai cendol Bakar Drive Thru dan Cendol abang Borhan. Cendol merupakan makanan yang melangkaui pelbagai bangsa. Bahan yang terdapat dalam cendol biasanya Cendol, ais, santan segar, gula merah dan penambahan lain seperti durian dan tapai, bergantung kepada selera pelanggan.

 

 

 

3. Soto

Soto suatu makanan berkuah sup yang enak. Ada mengatakan soto adalah satu makanan dari orang jawa Bali Indonesia. Tapi, mungkin juga dakwaan tersebut kerana majoriti penduduk melayu Malaysia datok nenek moyang mereka dari Indonesia. Namun, Soto telah berovolusi di Malaysia dari zaman ke zaman. Antara resipi utama soto ialah kuah sup daging/ayam, nasi impit, ricihan ayam goreng, kacang dan suun goreng. Serta sedikit sambal cili padi kicap untuk memberi rasa Kick pada soto.

 

4. Tapai Pulut.

Di sekitar kampung Jeram terdapat beberapa penduduk yang membuat tapai. Namun  kebanyakan mereka sudah mencecah umur warga emas. Masayarakat Jeram biasanya akan menghidangkan tapai ketika waktu kenduri atau majlis keraian di kampung. Proses membuat tapai amatlah rumit dan mempunyai pantang larang. Dari proses membasuh beras pulut, mengukus pulut dan membungkus perlu teliti serta sangat menjaga pantang larang. Antara pantang larang yang diberitahu ialah, perlu memakai penutup kepala, lakukan ketika hati sedang gembira dan jangan banyak bercakap. Baru tapai yang dihasilkan manis dan enak. Mungkin disebabkan itu juga golongan muda hampir tiada ingin mempelajari membuat tapai.

 

5. Kuih Kemboja / Bahulu Kemboja

 

Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Ia sangat bersesuaian, enak serta sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut bagi majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.

 

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan bahan perasa dan pewarna secukupnya. Cara membuat kuih ini ialah menggunakan acuan khas dan ia dibakar dengan dapur arang.

                 

 

 

 6. Ais Mangga