Nama

: Muhammad Afiq bin Kamarul Baharein

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar Belakang

Muhammad Afiq bin Kamarul Baharein merupakan pelajar Darjah 4 yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Jeram dan merupakan salah seorang ahli berdaftar di PI Kg Batu 19 Jeram, beliau mula mendaftar ahli dan mengunjungi Pi sejak tahun 2018. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan Muhammad Afiq di Pusat Internet, beliau hanya menggunakan komputer lama dirumah sahaja.Selepas ibu beliau mengetahui ada program pembelajaran di Pusat Internet Ibu beliau mendaftarkan Muhammad Afiq untuk belajar mengenai ict di Pusat internet lebih mendalam lagi.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Muhammad Afiq dapat mempelajari Microsoft word dengan mudah dan dapat mencari maklumat pembelajaran menggunakan internet di Pusat Internet Jeram dengan pantas dan sangat memudahkan. Selain itu dapat mencari nota – nota ringkas sejarah melalui laman web e – pembelajaran.

Nama : Fazlie azmi
Umur : 25 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang 

En. Fazlie memulakan perniagaan secara kecilan dengan menggunakan media sosial. Antara produk yang dijual adalah menjual barangan untuk lelaki seperti baju t shirt dan sunglasses.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau hanya mempromosikan cermin mata di kawasan kampong dan media sosial di facebook personal sahaja serta melalui saudara mara dan kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan di kedai  melalui kumpulan whatsup.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kini, beliau telah menjual di akaun facebook personal serta menggunakan medan group. Melalui medan facebook dan group facebook, beliau boleh memaparkan aktiviti serta gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi oleh semua pengguna facebook serta dalam masa yang sama menarik perhatian pengguna facebook untuk membeli cermin mata yang dijual olehnya.

 

Nama

: Muhammad Nor Adli B Rahmat

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2018

Latar Belakang 

Mohammad Muhammad Nor Adli B Rahmat merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Jeram dan merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pi1M Kg Batu 19 Jeram, beliau mula mendaftar ahli dan mengunjungi Pi sejak tahun 2018.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum pengunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, beliau banyak meluangkan masa lapang bersama rakan-rakan untuk bermain. Beliau mengulangkaji dan belajar menggunakan kaedah seperti berpandukan buku teks dan buku rujukan. Berkenaan dengan pengetahuan ICT, ternyata beliau tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakan komputer dan kurang menyedari mengenai kepentingan ICT sepenuhnya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas wujudnya Pusat Internet di Kampung Batu 19 Jeram, rutin harian masa lapang beliau turut berubah. Beliau lebih suka meluangkan masa lapang di Pusat Internet waktu persekolahan dan hujung minggu. Kelas dan latihan ICT yang disediakan di Pusat Internet banyak membantu beliau untuk menguasai penggunaan komputer dan memahami kepentingan ICT. Beliau juga menyedari internet kini adalah medium penting dalam kehidupan seharian. Bagi Mohd. Adli segalanya adalah sangat mudah dengan wujudnya internet. Pada pendapat beliau, kemahiran pengetahun ICT perlu didedahkan bermula dari peringkat sekolah rendah untuk membantu dalam proses pembelajaran yang lebih efektif.


 

Nama : Azrin Shafinar Azmi
Umur : 40 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang 

Puan Azrin merupakan perunding kecantikan kulit wajah dan juga membuat kelas penjagaan kulit wajah secara alami. Beliau telah menceburi bidang kecantikan produk mary Kay selama 5 tahun.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau hanya mempromosikan secara online di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan online, sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kini, beliau telah membuat facebook page untuk meluaskan lagi promosi produk mary kay dan telah menjadi Consultant mary kay iaitu membuat kelas penjagaan kulit wajah  dari hasil dirinya sendiri. Melalui medan facebook dan facebook group, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar produk yang dibuat olehnya yang akan menarik perhatian rakan – rakan di facebook. Selain itu juga beliau telah mempromosikan di lama sosial Intagram.

Nama : Norlelah Binti Abu Bakar
Umur : 47 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang 

Puan Norlelah memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengait kraftangan di rumah beliau. Beliau belajar mengait bersama rakan – rakannya dan kemudian membuat perniagaan tempahan mengait kraftangan seperti kopiah,bekas kuih,alas meja dan lain-lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI1M, beliau hanya mempromosikan di sekitar Jeram dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kini, beliau telah membuat facebook page untuk meluaskan lagi promosi kraftangan dari hasil dirinya sendiri. Melalui medan facebook dan facebook group, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar kraftangan yang dibuat olehnya yang akan menarik perhatian rakan – rakan di facebook.