Nama : Paridah Binti Abu
Umur : 56 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang 

Puan Paridah memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengait kraftangan di rumah beliau. Beliau belajar mengait bersama rakan – rakannya dan kemudian membuat perniagaan tempahan mengait kraftangan seperti kopiah,bekas kuih,alas meja dan lain-lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan di PI1M, beliau hanya mempromosikan di sekitar Jeram dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Kini, beliau telah membuat facebook page untuk meluaskan lagi promosi kraftangan dari hasil dirinya sendiri. Melalui medan facebook dan facebook group, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar kraftangan yang dibuat olehnya yang akan menarik perhatian rakan – rakan di facebook.