Nama : Mohamad Khamsul Bin Kamari
Umur : 41
Ahli 2018

 

Latar belakang

Saya menggunakan Microsoft power point untuk memudahkan membuat kerja – kerja di makmal sekolah.Selain itu, saya menggunakan powerpoint untuk membuat nota untuk pelajar mudah mengenal barang – barang yang ada di dalam makmal sains tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi penggunaan Microsoft power point, sebelum ini saya jarang menggunakan Microsoft tersebut kerana kurang mahir dengan menu yang di sediakan di dalam power point tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah saya belajar dari Pusat internet cara menggunakan Microsoft power point, saya dapat banyak ilmu pengetahuan untuk membuat nota saya berkenaan sains dan juga rujukan nota berkenaan sains untuk memudahkan pelajar di sekolah tersebut.

KARISMA FROZEN 

Nama : Muba’anah Binti Mohd Nor
Umur 61
Ahli 2018

 

Latar belakang

Puan Muba’anah menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu kuih frozen. Beliau telah mengeluarkan makanan frozen seperti kuih muffin, pau, dan karipap. Kuih biasanya memdapat sambutan dari pihak ramai kerana kuih ialah sebahagian dari makanan harian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengambil tempahan kuih frozen di kalangan kawan – kawan dan juga orang disekitar Jeram sahaja. Selain itu pendapatan yang diterima olehnya juga dengan kadar yang rendah di bawah kadar Rm 500.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menghadiri kelas keusahawanan di PI Kg Batu 19 Jeram, beliau telah mempromosikan makanan frozen  tersebut menggunakan medium Facebook. Teknologi di hujung jari mampu meraih pendapatan yang berganda. Pendapatan beliau meningkat dari RM500-RM1000 telah membawa kepada semangat untuk terus mempromosikan lagi produk menggunakan medium Facebook.

Nama

: Zulhilmi B Saifol

Umur

: 17 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Muhammad Zulhilmi B Saifol merupakan pelajar Tingkatan 5 yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Jeram dan merupakan salah seorang ahli berdaftar di PI Kg Batu 19 Jeram, beliau mula mendaftar ahli dan mengunjungi PI sejak tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, beliau banyak meluangkan masa lapang bersama rakan-rakan untuk bermain. Beliau mengulangkaji dan belajar menggunakan kaedah seperti berpandukan buku teks dan buku rujukan. Berkenaan dengan pengetahuan ICT, ternyata beliau tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakan komputer dan kurang menyedari mengenai kepentingan ICT sepenuhnya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas wujudnya Pusat Internet di Kampung Batu 19 Jeram, rutin harian masa lapang beliau turut berubah. Beliau lebih suka meluangkan masa lapang di Pusat Internet waktu persekolahan dan hujung minggu. Kelas dan latihan ICT yang disediakan di Pusat Internet banyak membantu beliau untuk menguasai penggunaan komputer dan memahami kepentingan ICT. Beliau juga menyedari internet kini adalah medium penting dalam kehidupan seharian. Bagi adik Zulhilmi segalanya adalah sangat mudah dengan wujudnya internet. Pada pendapat beliau, kemahiran pengetahun ICT perlu didedahkan bermula dari peringkat sekolah rendah untuk membantu dalam proses pembelajaran yang lebih efektif.

EJEN YUSRASUMAYYAH HIJAB, MARY KAY DAN DEXANDRA PERFUME

Nama Muhammad Yusof B Mat Sidek
Umur 28
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Muhammad Yusof b Mat Sidek merupakan seorang ejen yang memasarkan produk yusrasumayyah hijab, mary kay dan perfume dexandra. Beliau hanya memasarkan produk tersebut di sekitar Jeram dan Kuala Selangor. Tetapi kini beliau telah meluaskan lagi penjualan produk di seluruh Malaysia melalui online di facebook dan instagram.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, beliau hanya mempromosikan produk hijab, mary kay dan perfume hanya melalui saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan di sekitar Jeram serta tempahan melalui kumpulan whatsup.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau telah membuka akaun facebook dan akaun instagram untuk meluaskan lagi promosi produk-produk beliau.. Melalui medan facebook dan instagram, beliau boleh memaparkan aktiviti serta gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi oleh semua pengguna facebook dan instagram serta dalam masa yang sama menarik perhatian pengguna untuk membeli barangan yang telah dipromosikan. Dengan hanya dihujung jari, beliau dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga dalam usaha membuat promosi berkenaan produk-produk beliau. 

nasi-kukuk-ayam-dara

Nama

: Juhariah Bt Juhar

Umur

: 42 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Nama beliau Juhariah Bt Juhar, beliau merupakan usahawan yang menjual nasi kukus ayam dara. Beliau membuka gerai di hadapan CIMB Bank di Kuala Selangor. Selain daripada itu, beliau juga berniaga di bazar ramdhan apabila tiba bulan Ramdhan. Beliau juga sentiasa menerima tempahan nasi kukus ayam dara sekitar Jeram, Kuala Selangor, Sekinchan, Sabar Bernam serta lain-lain tempat lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet Kg Batu 19 Jeram, beliau hanya mempromosikan di sekitar Jeram , Kuala Selangor dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja selain buka gerai berhadapan CIMB Bank.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau telah membuat facebook page untuk meluaskan lagi promosi nasi kukus ayam dara. Melalui medan facebook dan instagram, beliau boleh mempromosikan nasi kukus ayam dara kepada semua pengguna facebook bukan sahaja di Selangor malah ke negeri-negeri lain.