EJEN YUSRASUMAYYAH HIJAB, MARY KAY DAN DEXANDRA PERFUME

Nama Muhammad Yusof B Mat Sidek
Umur 28
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Muhammad Yusof b Mat Sidek merupakan seorang ejen yang memasarkan produk yusrasumayyah hijab, mary kay dan perfume dexandra. Beliau hanya memasarkan produk tersebut di sekitar Jeram dan Kuala Selangor. Tetapi kini beliau telah meluaskan lagi penjualan produk di seluruh Malaysia melalui online di facebook dan instagram.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI, beliau hanya mempromosikan produk hijab, mary kay dan perfume hanya melalui saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan di sekitar Jeram serta tempahan melalui kumpulan whatsup.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau telah membuka akaun facebook dan akaun instagram untuk meluaskan lagi promosi produk-produk beliau.. Melalui medan facebook dan instagram, beliau boleh memaparkan aktiviti serta gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi oleh semua pengguna facebook dan instagram serta dalam masa yang sama menarik perhatian pengguna untuk membeli barangan yang telah dipromosikan. Dengan hanya dihujung jari, beliau dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga dalam usaha membuat promosi berkenaan produk-produk beliau.