Nama : Zayarinah Binti Mad Jaya
Umur : 47
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Puan Zayarinah merupakan seorang surirumah dan usahawan yang semakin berjaya. Beliau merupakan seorang bekas guru Taska Anak Sayang di Kapar. Namun dengan minat yang tinggi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, beliau berhenti sebagai guru tetap dan menceburi bidang perniagaan. Beliau bermula dengan pelbagai perniagaan sehingga beliau menceburi bidang peniagaan pelancongan..

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh Pusat Internet Komuniti, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatan nya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Terutamanya Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PIK, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

Nama : Siti Zuraidah Binti Jinal
Umur : 38
Ahli : 2020
 

Latar belakang 

Puan Zuraidah menceburi bidang perniagaan kuih frozen pada tahun 2017 bermula dengan mengambil tempahan di tempat kerja dan telah memperluaskan di beberapa tempat lain. Selain itu beliau ingin mengembangkan lagi perniagaan kuih frozen beliau diserata tempat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya mengambil tempahan ditempat kerja dan rakan terdekat sahaja yang telah mengenali beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mempelajari ilmu ict bersama petugas pusat internet beliau telah mula memperluaskan lagi perniagaan beliau melalui facebook,aplikasi di whatsapp dan juga group di facebook.Beliau juga mempelajari cara bagaimana mengedit gambar menggunakan canva agar gambar promosi beliau keihatan kemas dan cantik.

Zon-zon merah di Selangor terus mencatatkan pertambahan kes.
 
Kuala Selangor dan Hulu Selangor kekal zon kuning manakala Sabak Bernam terus kekal zon hijau. 
 
Bagi mengurangkan pergerakan masyarakat dan kebolehjangkitan, kerajaan telah arahkan bekerja dari rumah bagi negeri PKPB.
 
Fikir dahulu sebelum berbicara.
 
Jadilah warganet yang bijak menilai sesuatu berita atau maklumat.
 
#EtikaMediaSosial
#FreedomOfSpeechNotFreedomToLie
#JanganBohong
#KebebasanBersuaraBukanKebebasanBerbohong
#MCMC
#NoLies
#klikdenganbijak