Nama : Muba'anah Binti Mohd Nor
Umur : 61
Ahli

: 2018

 

 

Latar belakang

 

Puan Muba’anah menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu kuih frozen. Beliau telah mengeluarkan makanan frozen seperti kuih muffin, pau, dan karipap. Kuih biasanya memdapat sambutan dari pihak ramai kerana kuih ialah sebahagian dari makanan harian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengambil tempahan kuih frozen di kalangan kawan – kawan dan juga orang disekitar Jeram sahaja. Selain itu pendapatan yang diterima olehnya juga dengan kadar yang rendah di bawah kadar Rm 500.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menghadiri kelas keusahawanan di PI Kg Batu 19 Jeram, beliau telah mempromosikan makanan frozen  tersebut menggunakan medium Facebook. Teknologi di hujung jari mampu meraih pendapatan yang berganda. Pendapatan beliau meningkat dari RM500-RM1000 telah membawa kepada semangat untuk terus mempromosikan lagi produk menggunakan medium Facebook.

 

Facebook : https://www.facebook.com/mubaanah.mohdnor

 

Nama : Azley Lee Bin Amat
Umur : 29
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En Azley memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuka kedai di Kg Bukit Hijau. Kemudian meluaskan perniagaan dengan mempelbagaikan menu western di kedai beliau. Perniagaan semakin berkembang maju kerana kawasan yang menarik perhatian  yang membawa kepada ramai pelanggan yang ingin bersantai sambil menikmati makanan ala western.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan di PI1M, beliau hanya mempromosikan makanan di kawasan kampong dan media sosial di facebook personal sahaja serta melalui saudara mara dan kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan di kedai  melalui kumpulan whatsup.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini, beliau telah membuka akaun facebook page untuk meluaskan lagi promosi makanan western yang dijual dikedai beliau. Melalui medan facebook page dan group facebook, beliau boleh memaparkan aktiviti serta gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi oleh semua pengguna facebook serta dalam masa yang sama menarik perhatian pengguna facebook untuk membeli makanan western beliau.

 

Facebook : https://www.facebook.com/Amats-Roti-John-Burger-Western-679721395437440/

 

Nama : Hafzan Binti Baharuddin
Umur : 35
Ahli : 2018

 

Latar belakang

 

Puan Hafzan memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual sambal hitam dan produk kecantikan kepada rakan-rakan, saudara-mara serta jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah. Pada mulanya hanya bertukar-tukar menu dengan rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Mereka memberi idea supaya menjual sambal hitam kerana rasanya yang sedap serta memenuhi citarsasa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan di PI1M, beliau hanya mempromosikan di sekitar Jeram dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini, beliau telah membuat facebook page untuk meluaskan lagi promosi sambal hitam dari hasil dirinya sendiri. Melalui medan facebook dan facebook group, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar produk yang dibuat olehnya yang akan menarik perhatian rakan – rakan di facebook. 

 

Facebook : https://www.facebook.com/umisarah.zan

 

Latar belakang

Puan Hafiza merupakan agen produk Lovlin Bird’s Ness di sekitar Jeram. Beliau mula aktif berniaga sejak tiga setahun yang lalu. Produk Lovlin Bird’s Ness dijual kepada kenalan serta sedara-mara yang terdekat sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Beliau juga tidak mempromosikan produk beliau menggunakan media sosial. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Batu 19 Jeram, beliau kini telah memiliki pages facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk Lovlin Bird’s Ness. Pelanggan beliau dari seluruh Kuala Selangor yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui pages facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.

 

Facebook : https://www.facebook.com/nurulhafiza.muhamadtawil