Latar belakang


Puan Rezawati merupakan seorang pekerja yang berdedikasi. Beliau amat serius dalam menjalankan tanggungjawab hakiki beliau. Pada masa yang sama, beliau turut menjalankan perniagaan sampingan sebagai agen serum Birdnest Essence. Perniagaan ini tidak mengganggu urusan kerja beliau sebagai seorang penyelia. Sebelum ini,beliau hanya menjadi agen biasa sahaja dan pembeli produk tersebut amatlah sedikit dan hanya dari kawan terdekat sahaja. Kini beliau telah berjaya mempunyai beberapa mini agen dibawah kelolaannya.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI


Sebelum penglibatan di PI beliau hanya mempromosikan di sekitar Jeram dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI


Kini,beliau telah menggunakan ilmu ICT yang ada dengan sebaiknya dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya,Beliau kini telah menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai platform utama dalam mempromosikan perniagaannya.. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan yang meluas terutamanya rakan di facebook.

 

Facebook https://www.facebook.com/rezawati.mohd.7