Latar belakang

 

beliau menjual produk makanan roti dengan harga budget RM1. Selain itu menerima tempahan kek brownies, roti dan kuih bomboloni. Sekarang beliau juga telah mendapat tempahan untuk roti pizza, kuih bomboloni dan juga meatball ala ikea.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada permulaan berniaga beliau hanya membuat jualan secara offline iaitu menghantar di kedai makan yang berdekatan di rumah beliau. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan beliau menggunakan medan laman sosial sebagai mencari pelanggan untuk menerima tempahan kuih dan juga roti yang dibuat oleh beliau.

Antara laman sosial yang beliau gunakan adalah aplikasi whatsapp di mana untuk memudahkan beliau mengambil tempahan dengan mudah. Selain itu mempromosikan di status whatsapp, di Facebook dan juga di instagram.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau mempelajari cara pemasaran secara online menggunakan media sosial seperti facebook group, facebook page, aplikasi instagram dan telegram.

 

Facebook : https://www.facebook.com/Mikas-Bakery-House-300823240537606/