Nama : Puan Azrin
Umur : 43
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Azrin merupakan perunding kecantikan kulit wajah dan juga membuat kelas penjagaan kulit wajah secara alami. Beliau telah menceburi bidang kecantikan produk mary Kay selama 5 tahun.

Nama : Shafina Binti Othman
Umur : 39
Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Shafina memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuka gerai di Pantai Jeram pada setiap hari sabtu dan ahad. Kemudian meluaskan perniagaan dengan membina sebuah kedai di sebelah kawasan persisiran pantai jeram. Perniagaan semakin berkembang maju kerana kawasan strategik yang membawa kepada ramai pelanggan yang ingin bersantai menikmati udara segar sambil menjamu ais mangga puan Shafina. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Sebelum penglibatan di PI beliau hanya mempromosikan sekitar Sungai Buloh dan Jeram selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.
 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Setelah belajar mengenai laman sosial sekarang Beliau telah mempromosikan produk beliau melalui facebook dan juga instagram. Dan beliau juga telah mempelajari cara bagaimana membuat facebook dan cara mencatat kewangan menggunakan Microsoft excel.
Nama : Rozienah Binti Othman
Umur : 40
Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Rozienah menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu pembekal otak - otak frozen. Beliau telah mengeluarkan Otak-otak, Sata dan Pepes Ayam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengambil tempahan di kalangan kawan – kawan dan juga orang disekitar Kuala Selangor sahaja. Selain itu beliau hanya menjual satu jenis makanan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menghadiri kelas keusahawanan di PI Kg Batu 19 Jeram, beliau telah mempromosikan makanan otak - otak   tersebut menggunakan medium Facebook. Teknologi di hujung jari mampu meraih pendapatan yang berganda. Dan Beliau telah mempelbagaikan lagi produk frozen muslim.

Facebook : https://www.facebook.com/Pembekal-Otak-Otak-ROZ-Kuala-Selangor-1008165125860433/

Nama : Zayarinah Binti Mad Jaya
Umur : 47
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Puan Zayarinah merupakan seorang surirumah dan usahawan yang semakin berjaya. Beliau merupakan seorang bekas guru Taska Anak Sayang di Kapar. Namun dengan minat yang tinggi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, beliau berhenti sebagai guru tetap dan menceburi bidang perniagaan. Beliau bermula dengan pelbagai perniagaan sehingga beliau menceburi bidang peniagaan pelancongan..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh Pusat Internet Komuniti, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatan nya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Terutamanya Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PIK, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

 

Nama : Juliana Binti Musa
Umur : 40
Ahli : 2018

 

Latar Balakang

Puan Juliana adalah seorang peniaga membuat pelbagai jenis biskut seperti oat cookies, red velvet chocolate chip, chocolate chip, conflake cookies dan lain - lain. Selain itu juga beliau membuat kek marble.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Sebelum penglibatan di PI beliau hanya mempromosikan sekitar Sungai Buloh dan Jeram selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.
 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Setelah belajar mengenai laman sosial sekarang Beliau telah mempromosikan produk beliau melalui facebook dan juga instagram. Dan beliau juga telah mempelajari cara bagaimana membuat facebook dan cara mencatat kewangan menggunakan Microsoft excel.