Tarikh : 11 Februari 2022 (Jumaat)
Masa : 03.00 petang – 04.00 petang
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kuiz matematik ini bertujuan untuk melatih pelajar meningkatkan ilmu mengira dengan baik. Selain itu mengasah lagi ilmu sedia ada untuk jadi lebih pandai dan cepat dalam mengira.

 

Aktiviti

Aktiviti kuiz Matemetik Tahun 1 telah berlangsung di PEDi Kg Batu 19 Jeram dan disertai oleh pelajar sekolah rendah pada jam 03.00 petang hingga 04.00 petang. Tujuan program ini dilangsungkan untuk melatih pelajar berfikir dengan pantas serta menyelesaikan masalah mengikut tempoh masa yang diberikan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 03 Februari 2022 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Kuiz ini bertujuan untuk melihat kepantasan pelajar dalam menjawab soalan melalui kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama. Soalan kuiz yang diberikan berkaitan dengan modul PEDi. KAHOOT juga mampu mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan mendisiplinkan pelajar dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan.

 

Aktiviti

Aktiviti kahoot telah berlangsung di PEDi Kg Batu 19 Jeram dan disertai oleh pelajar sekolah rendah pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan program ini dilangsungkan untuk melatih pelajar berfikir dengan pantas serta menyelesaikan masalah mengikut tempoh masa yang diberikan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 17 Januari 2022 (Isnin)
Masa : 10.30petang  - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Dengan adanya Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dapat membantu dan meringankan beban rakyat di Malaysia untuk keperluan perbelanjaan mereka. 

Aktiviti

Petugas membantu komuniti untuk membuat permohonan baharu dan kemaskini BKM. Permohonan Keluaga Malaysia boleh dibuat melalui atas talian klik link https://bkm.hasil.gov.my/

GAMBAR DISINI

Tarikh : 24 Januari 2022 (Isnin)
Masa : 10.00pagi  - 12.00petang
Lokasi : PI Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu usahawan komuniti untuk menambah ilmu mengenai penjualan di shopee. Kelas tersebut adalah salah satu alternatif untuk membantu para usahawan komuniti menambah pendapatan secara online walaupun hanya di buat di rumah.

Aktiviti

Kelas shopee online dibuat di Pusat Internet Komuniti Jeram bermula jam 10am hingga 12pm. Beliau telah mempelajari cara - cara membuat diskaun di shopee dan menaikan jualan di aplikasi shopee.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 07 Januari 2022 (Jumaat)
Masa : 02.300petang  - 03.30 petang
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Membantu mangsa banjir membuat Permohonan bantuan Lembaga Zakat Selangor (Peduli) untuk mendapatkan bantuan kerosakan peralatan yang dialami oleh mangsa banjir. 

Aktiviti

Permohonan bantuan boleh dibuat melalui atas talian klik link https://lzspeduli.zakatselangor.com.my/

GAMBAR DISINI