Tarikh : 23 April 2022 (Sabtu)
Masa : 09.30 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 1

 

Tujuan

Tujuan pembelajaran ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna di PEDi . Selain itu, dapat membantu pengguna untuk belajar menggunakan microsoft word dan menaip dengan baik.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta dengan Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta ingin menaip maksud hadith dan ditampal pada kertas A4. Petugas mengajar peserta asas penggunaan microsoft word seperti penggunaan paragraph, font, line spacing dan sebagainya. Peserta juga diajar cara untuk save ( simpan ) dokumen yang telah disiapkan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 05 April 2022 (Selasa)
Masa : 08.30 pagi – 09.30 pagi
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 1

 

Tujuan

Pengguna mendaftar murid prasekolah secara atas talian dilaman kerajaan https://eprasekolah.moe.gov.my/

Aktiviti

Ibubapa mendaftarkan mykid anak dan mengisi maklumat diri ibubapa dan anak serta mengisi maklumat kesihatan anak dan memohon penempatan anak. Pengguna meminta bantuan petugas untuk membantu mereka membuat pendaftaran.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 07 Mac 2022 (Isnin)
Masa : 10.30 pagi– 11.30 pagi
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 1

 

Tujuan

Membantu pengguna untuk mengemaskini pendaftaran pelajar darjah 1 yang tidak lengkap sebelum kemasukan darjah satu.

Aktiviti

Pengguna menyemak dan mengemaskini borang online pada hari Isnin jam 10.30am - 11.30am di PEDi Jeram mengunakan link https://public.moe.gov.my/

GAMBAR DISINI

Tarikh : 11 Mac 2022 (Jumaat)
Masa : 09.30 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 5 

 

Tujuan

Program Kursus Pengendali Makanan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, kebersihan diri dan premis makanan. Selain itu bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini dijalankan menggunakan platform online iaitu mengunakan aplikasi Zoom dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Aktiviti

Petugas membantu peserta dengan mendaftarkan mereka untuk mengikuti Kursus Pengendalian Makanan ini secara atas talian yang disertai di rumah dan juga di PEDi dengan membuka kamera penuh semasa mengikuti kursus tersebut. Kursus diadakan pada tarikh 11 Mac 2022 pada jam 9.30am hingga 12.30pm.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Februari 2022 (Sabtu)
Masa : 03.30 petang – 04.30 petang
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 3

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan aplikasi paint. Paint digunakan untuk membuat pelbagai jenis gambaran serta reka bentuk yang dikehendaki. Aktiviti untuk kelas ini mereka membuat bendera dan rumah dengan menggunakan pilihan yang ada di dalam aplikasi paint itu.

Aktiviti

Kelas melukis menggunakan aplikasi paint telah disertai oleh 3 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas telah dijalankan pada 19 Februari 2022 jam 3.30 petang hingga 4.30 petang di PEDi Jeram.

GAMBAR DISINI