Tarikh : 16 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 2.30pm - 3.30pm
Lokasi : PI Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Program ini adalah bertujuan untuk membantu murid sekolah belajar cara untuk menaip menggunakan microsoft word dengan mudah dan belajar asas penggunaan microsoft word.

Aktiviti

Kelas dibuat di PEDi Jeram bermula jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang. Aktiviti dijalankan adalah untuk memupuk semangat pelajar untuk belajar dan timba ilmu mengenai penggunaan microsoft word.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 23 November 2022 (Rabu)
Masa : 10.00am - 12.30am
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Program ini adalah bertujuan untuk usahawan untuk mempelajari cara menjual atau berniaga dalam platform shopee.Juga dapat membantu usahawan bagi meningkatkan pasaran jualan dengan lebih baik. Selain itu usahawan dapat menambah ilmu mengenai penjualan di shopee. Program tersebut adalah salah satu alternatif untuk membantu para usahawan komuniti menambah pendapatan secara online.

Aktiviti

Kelas shopee online dibuat di atas talian di PEDi Jeram bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Aktiviti dijalankan adalah untuk memupuk semangat usahawan untuk belajar dan timba ilmu mengenai penjualan di atas talian.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 23 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 10.30AM – 12.30PM
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan:

  1. Mana-mana pasangan di Selangor yg ingin melangsungkan perkahwinan dikehendaki mengisi borang secara atas talian di laman website https://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new.
  2. Selesai mengisi borang, pasangan perlu mencetak borang tersebut dan hantar ke pejabat agama islam Selangor yang terdekat.

Aktviti:

Pada tarikh 23 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Kg batu 19 telah menerima kehadiran peserta yang ingin mengisi borang nikah secara atas talian. Terdiri daripada 2 orang peserta berumur 24 dan 26 tahun. Pengisian borang nikah bermula dari jam 10.30 hingga 12.30 tengahari.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 18 November 2022 (Jumaat)
Masa : 02.30 petang – 03.30 petang
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 3 orang

Tujuan

Belajar cara membuat tiktok untuk usahawan berniaga dalam media sosial.

Aktiviti

Program di jalankan di PEDi Jeram pada jam 2.30petang hingga jam 3.30petang seramai 3 orang usahawan komuniti.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 18 Oktober 2022 (Selasa)
Masa : 3.00petang  - 5.30petang
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Membantu usahawan komuniti untuk menambah ilmu mengenai penjualan secara atas talian. Belajar cara untuk mempromosikan barang di laman sosial serta mempelajari cara edit flyer. 

Aktiviti

Kelas dihadiri oleh 2 orang wanita pada hari Selasa jam 3 petang hingga 5.30 petang di PEDi Kg Batu 19 Jeram.

GAMBAR DISINI