Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Masa : 09.00 pagi – 12.00 tegahari
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Program HBK diadakan adalah untuk mempromosikan PEDi dan juga mengeratkan silaturrahim antara PEDi dan juga komuniti Kg Batu 19 Jeram. Selain itu dapat mempromosikan juga produk usahawan komuniti yang berkunjung di Program HBK.

 

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti di PEDi iaitu pertandingan menaip secara pantas dan juga kuiz puzzle dan penyertaan adalah seramai 10 orang. Penyertaan adalah dikalangan pelajar sekolah. berlangsung di PEDi Jeram bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 26 September 2022 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Program sesi taklimat pendaftaran perniagaan kepada usahawan dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan tentang Pendaftaran Perniagaan (SSM) kepada usahawan dan tunjuk ajar bagaimana untuk mendaftar SSM secara online. 

Aktiviti

Taklimat adalah melalui platform Microsoft Teams Meeting yang dijalankan secara atas talian di PEDi Jeram. Pihak SSM memberi penerangan secara jelas tentang SSM dan menjelaskan langkah-langkah untuk peserta mendaftar SSM secara dalam talian dengan mudah.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 07 Sept 2022 ( Rabu )
Masa : 10.00AM– 12.00PM
Lokasi : PEDi Kg Batu 19 Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PEDi serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat membantu pelajar untuk belajar menggunakan microsoft word dan menaip dengan baik.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta dengan Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta ingin menyiapkan surat rasmi seperti yang dikehandaki. Petugas mengajar peserta asas penggunaan microsoft word seperti penggunaan paragraph, font, line spacing dan sebagainya. Peserta juga diajar cara untuk save ( simpan ) dokumen yang telah disiapkan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 14 September 2022 (Rabu)
Masa : 02.00 petang – 05.00 petang
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

  1. Untuk menguji minda peserta tentang pengetahuan ICT dalam diri menggunakan applikasi Free Online Jigsaw Puzzles (jigsawplanet.com) dan menguji kecepatan peserta menyelesaikan puzzle.

Aktiviti

Pada 14 September 2022, PEDi Jeram sekali lagi telah menganjurkan satu program kuiz puzzle online bersama ahli PEDi bermula dari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Program ini adalah terbuka kepada ahli PEDi dari umur 10 tahun sehingga 17 tahun yang telah ada asas sedikit tentang pengetahuan ICT.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 14 Ogos 2022 (Ahad)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Internet carian maklumat dibuat bertujuan untuk memudahkan pelajar mencari bahan untuk kerja kursus sekolah mereka. Selain memudahkan pelajar mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai kerja - kerja kursus yang diberikan oleh cikgu sekolah mereka.

Aktiviti

Kelas internet carian maklumat ini dijalankan di PEDi Jeram dan dihadiri oleh pelajar asrama penuh dengan 10 orang pelajar. Kelas bermula pada jam 3 petang - 5 petang pada hari Ahad.

GAMBAR DISINI