Tarikh : 17 Julai 2022 (Ahad)
Masa : 2.00pm - 5.30pm
Lokasi : PI Jeram
Peserta : 16 orang

 

Tujuan 

Program ini adalah bertujuan untuk usahawan untuk mempelajari cara menjual atau berniaga dalam platform shopee.Juga dapat membantu usahawan bagi meningkatkan pasaran jualan dengan lebih baik. Selain itu usahawan dapat menambah ilmu mengenai penjualan di shopee. Program tersebut adalah salah satu alternatif untuk membantu para usahawan komuniti menambah pendapatan secara online.

Aktiviti

Kelas shopee online dibuat di atas talian di PEDi Jeram bermula jam 2.00 petang sehingga jam 5.30 petang. Aktiviti dijalankan adalah untuk memupuk semangat usahawan untuk belajar dan timba ilmu mengenai penjualan di atas talian.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 02 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00pagi  - 5.30petang
Lokasi : PEDi Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu usahawan komuniti untuk menambah ilmu mengenai penjualan secara atas talian. Peserta telah mendengar taklimat usahawan dari Kemas dan mereka menggunakan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat untuk mereka menggunakan internet untuk memasuki kelas online di aplikasi Zoom. Kelas tersebut adalah salah satu alternatif untuk membantu usahawan komuniti menambah pendapatan secara online.

Aktiviti

Taklimat usahawan yang dianjurkan oleh Kemas telah dihadiri oleh 1 orang usahawan dari penduduk Jeram dan mereka menggunakan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat mereka mendengar taklimat kelas online secara atas talian di aplikasi Zoom. Peserta telah menghadiri taklimat usahawan dari jam 9am hingga 5.30pm.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 11 Mei 2022 (Rabu)
Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 1

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu komuniti yang ingin membuat rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi komuniti yang gagal kali pertama mengemaskini BKM.

Aktiviti

Komuniti menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi Jeram untuk membuat rayuan Bantuan Keluarga Malaysia atau membuat permohonan baru. Petugas PEDi membantu komuniti untuk mengemaskini data peribadi mereka dan membantu mereka bagi yang hendak membuat pemohonan baharu. 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 10 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 10.30AM – 12.30PM
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan:

  1. Mana-mana pasangan di Selangor yg ingin melangsungkan perkahwinan dikehendaki mengisi borang secara online di laman website https://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new.
  2. Selesai mengisi borang, pasangan perlu mencetak borang tersebut dan hantar ke pejabat agama islam Selangor yang terdekat.

 

Aktviti:

Pada tarikh 10 Jun 2022, PEDi Kg batu 19 Jeram telah menerima kehadiran peserta yang ingin mengisi borang nikah secara online. Terdiri daripada 2 orang peserta berumur 28 tahun. Pengisian borang nikah bermula dari jam 10.30 hingga 12.30 tghari.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 23 April 2022 (Sabtu)
Masa : 09.30 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Batu 19 Jeram
Peserta : 1

 

Tujuan

Tujuan pembelajaran ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna di PEDi . Selain itu, dapat membantu pengguna untuk belajar menggunakan microsoft word dan menaip dengan baik.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta dengan Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta ingin menaip maksud hadith dan ditampal pada kertas A4. Petugas mengajar peserta asas penggunaan microsoft word seperti penggunaan paragraph, font, line spacing dan sebagainya. Peserta juga diajar cara untuk save ( simpan ) dokumen yang telah disiapkan.

GAMBAR DISINI