Tarikh : 20 Jun 2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PI Kg Batu 19 Jeram
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Kelas Carian kata diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran berfikir pelajar dalam mencari perkataan yang tersembunyi. Selain itu, ia juga menguji tahap kepantasan pelajarmencari perkataan di dalam carian kata tersebut.

Aktiviti

Kelas carian kata telah diadakan pada 20/6/2019 pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Kelas dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah kebangsaan Jeram.

GAMBAR DISINI

Tarikh :18 Jun 2019 (Selasa)
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : PI Kg Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Mengajar Pn Hidayah membuat resume untuk memudahkan beliau menghantar resume untuk memohon kerja yang dipohon olehnya. Selain itu resume yang telah dibuat olehnya boleh disimpan dan digunakan semula pada masa akan datang.

Aktiviti

Kelas Pn Hidayah bermula jam 2 petang hingga jam 4 petang di Pusat Internet Jeram. Selain itu beliau mempelajari cara menggunakan microsoft word untuk memudahkjan beliau membuat kerja - kerja menaip.

GAMBAR DISINI

Tajuk

Kelas Quizizz Bahasa Melayu dan Sains

Tarikh

: 8 Jun 2019 (Sabtu)

Masa

: 3.00 petang– 5.00 petang

Tempat

: Pusat Internet Kg Batu 19 Jeram

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan ilmu pelajar yang datang ke pUsat Internet. Selain itu, melalui soalan daripada web https://quizizz.com/, dapat membantu pelajar membuat latih tubi menggunakan online. Pelajar juga dapat memanfaatkan masa di Pusat Internet dengan menjawab latihan daripada pelbagai subjek yang disediakan oleh laman web tersebut. Quizizz sangat membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran.

Aktiviti

Kelas telah dijalankan pada 8 Jun bertempat di Pusat Internet Kg Batu 19 Jeram. Dua orang pelajar di sekitar Kg Jeram telah mengikuti kelas ini. Kelas diadakan pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

GAMBAR DISINI

Tarikh :15 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : PI Kg Batu 19 Jeram
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Mengajar pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah cara menggunakan internet secara online bertujuan untuk memudahkan pelajar mencari maklumat berkaitan pembelajaran dan juga supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Aktiviti

Kelas yang dilaksanakan  di Pusat Internet seramai 10 orang dan yang terlibat adalah pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Mereka dapat mempelajari cara penggunaan internet dengan betul. Selain itu mereka juga dapat ilmu baru berkaitan dengan penyalahgunaan laman sosial.

GAMBAR DISINI

Tajuk

Kelas Mewarna Online

Tarikh

: 18 Mei 2019 (Sabtu)

Masa

: 3.00 petang– 5.00 petang

Tempat

: Pusat Internet Kg Batu 19 Jeram

 

Tujuan

Tujuan diadakan kelas mewarna online adalah untuk merangsang kemahiran berfikir pelajar-pelajar dalam memilih padanan warna yang sesuai dan menggalakkan pelajar-pelajar berfikir secara kreatif. Selain itu, melalui kelas ini pelajar-pelajar akan lebih fokus dengan mewarna sambil memikirkan untuk menjadikannya bertambah cantik.

Aktiviti

Aktiviti kelas mewarna online diadakan pada 18 mei 2019 pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang dengan kehadiran pelajar seramai 5 orang dari SK Jeram.

GAMBAR DISINI