Tarikh : 18 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 03.00 petang – 05.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

- Medapatkan maklumat terkini berkenaan laman web mysalam

- Menyemak kelayakan pekaB40 secara online

Aktiviti

Kelas keusahawanan ini disertai oleh belia Kg Jeram. Beliau telah diajar cara untuk melayari laman web mysalam seperti menukar kata laluan baru serta cara mendapatkan info di laman web mysalam. mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat. 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 03.00 petang – 05.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menggunakan perisian Microsoft Word untuk memudahkan tugasan sekolah dan untuk masa hadapan.

Aktiviti

Pada 17 ogos yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT - Microsoft Office Word bersama pelajar SMK Jeram. Kelas telah diadakan selama 2 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.Peserta merupakan pelajar tingkatan 3 yang tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Peserta ingin menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kerja khusus menggunakan Microsoft Office Word. Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Office Word seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol, Save fail dan banyak lagi. Selain itu, Peserta juga diajar menggunakan internet untuk membuat carian di `Google`. Peserta dibantu oleh pengajar sehingga tugasan beliau selesai. 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 04 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Teknik mewarna online untuk kanak - kanak yang dijalankan di pusat internet bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada mereka untuk mempelajari sesuatu teknik yang baru dan memberi ilmu baru kepada mereka menggunakan aplikasi secara online.

Aktiviti

Teknik mewarna online kanak - kanak  di pusat internet pada hari Ahad iaitu 4 Ogos 2019 pada jam 10 pagi hingga 12 petang. Pelajar yang hadir ke kelas seramai 4 orang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 10 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 03.00 petang – 05.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Teknik membuat resume yang dijalankan di pusat internet adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada mereka agar membuat resume dengan kemas dan tersusun menggunakan microsoft word.

Aktiviti

Teknik membuat resume di pusat internet pada hari Sabtu iaitu 10 Ogos 2019 pada jam 3 petang hingga 5 petang. Pelajar yang hadir ke kelas terdiri daripada pelajar lepasan Sekolah Menegah.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 03 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Carian kata online yang dijalankan di pusat internet bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara dan membezakan perkara yang baik dan tidak baik.

Aktiviti

Teknik carian kata dibuat di pusat internet pada hari Sabtu iaitu 3 Ogos 2019 pada jam 10 pagi hingga 12 petang. Pelajar yang hadir ke kelas seramai 3 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah rendah.

GAMBAR DISINI