Tarikh : 18 November 2019 (Isnin)
Masa : 09.30AM – 11.30AM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

E-kerajaan bantuan sara hidup dijalankan di pusat internet adalah untuk membantu dan memudahkan komuniti setempat yang mempunyai masalah atau halangan untuk menghantar borang permohonan BSH ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuala Selangor.

 

Aktiviti 

Pusat Internet Kg Jeram telah membantu komuniti Kg Jeram yang datang ke pusat internet untuk mengisi borang bantuan sara hidup secara online. 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 11 November 2019 (Isnin)
Masa : 09.30AM – 11.30AM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

Tujuan penggunaan komputer dan internet untuk para wanita di pusat internet adalah untuk memudahkan beliau menggunakan komputer dan juga dapat mengisi borang permohonan yang disediakan oleh kerajaan secara online seperti mengisi borang e-kerajaan permohonan kasih ibu smart selangor (KISS).

 

Aktiviti :

Pihak pusat internet dapat membantu wanita yang ingin mengisi borang online seperti e-kerajaan permohonan kasih ibu smart selangor. Masa yang diambil untuk mengisi dan sambil belajar penggunaan internet selama 2 jam sahaja.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 05 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa : 02.30PM – 5.30PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 13 orang


Tujuan :

Pusat Internet Kg Batu 19 Jeram telah terpilih untuk menjadi hosting bagi Pengenalan MIV DTT. Program MIV DTT ini merupakan program usahasama diantara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Pusat Internet Kluster Kuala Selangor dalam menyampaikan maklumat berkaitan Televisyen terestrial digital (DTT) dan penutupan siaran TV analog (ASO) kepada komuniti tempatan. Antara Pusat Internet yang terlibat adalah Pusat Internet Taman Saujana Utama dan Pusat Internet Ijok. 9 orang sukarelawan MIV DTT dan 3 orang staff Pusat Internet telah terlibat dalam program taklimat ini.

 

Aktiviti :

Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi memberi penerangan kepada sukarelawan dan staff Pusat Internet mengenai MIV DTT. Taklimat dikendalikan oleh pihak SKMM iaitu Puan Nina daripada SKMM CRO. Program ini dimulakan pada pukul 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 08 Oktober 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh cikgu sekolah Agama. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu cikgu membuat kerja menggunakan microsoft word dengan betul.

 

Aktiviti

Kelas ICT telah dijalankan di pust internet  - Teknik penggunaan Microsoft Office Word bersama cikgu sekolah agama. Kelas telah diadakan selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 petang. Beliau telah diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Office Word seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol, Save fail dan banyak lagi. Selain itu, Beliau juga diajar menggunakan internet untuk membuat carian di `Google`. Peserta dibantu oleh pengajar sehingga tugasan beliau selesai. 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 21 Sept 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00AM – 12.30PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 13 orang

 

 

Tujuan :
• Melatih dan memberi pendedahan kepada usahawan berkenaan kelebihan produk al-jawla.
• Merapatkan hubungan antara usahawan dan pihak pengurusan PI

Aktiviti :
• Membantu para bakal usahawan untuk memulakan perniagaan dari rumah dan memasarkan ke pasaran yang lebih besar dan global

GAMBAR DISINI