Tarikh : 12 Januari 2020 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran microsoft word kepada ahli pusat internet. Aktiviti ini juga adalah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada beliau cara-cara untuk membuat surat perjanjian tidak rasmi dengan menggunakan microsoft word. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk membantu orang golongan dewasa membuat surat perjanjian yang ingin di beri kepada pihak ketiga.

Aktiviti

Teknik membuat surat tidak rasmi dijalankaan di pusat internet Jeram pada jam 10 pagi - 12 petang dan yang terlibat adalah seorang pengguna warga emas. menjalankan aktiviti untuk membuat kerja - kerja menaip surat tidak rasmi menggunakan microsoft word.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 04 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas komputer dijalankan di pusat internet bertujuan untuk memberi ilmu pelajaran kepada pengguna untuk mudah kan pembelajaran secara bertaip dengan menggunakan microsoft Office. Selain itu membuat penambahbaikan penulisan dan catatan kerja dari masa ke semasa.

Aktiviti

Aktiviti kelas komputer dijalankaan di pusat internet Jeram pada jam 10 pagi - 12 petang dan yang terlibat adalah seorang pengguna warga emas. menjalankan aktiviti untuk membuat kerja - kerja secara menaip menggunakan microsoft excel.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 7 Disember 2019 (Sabtu)
Masa : 03.00PM – 05.00PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 10 orang

Tujuan

  • Adalah cara - cara membuat video dan meningkatkan kemahiran penggunaan movie maker. sepanjang tempoh kelas pelajar amat berminat untuk menguasai kemahiran membuat video. Mendedahkan para peserta cara penggunaan movie maker untuk membuat video.

Aktiviti

Pusat Internet Kg batu 19 Jeram telah mengadakan kelas ICT (movie maker) pada 7 disember 2019  bermula jam 3 petang hingga 5 petang bertempat dibilik latihan pusat internet. Tujuan untuk mendedahkan para peserta cara penggunaan movie maker untuk membuat video. Peserta terdiri daripada 10 orang pelajar. Para peserta didedahkan dengan penggunaan movie maker dalam membuat video, cara menyunting, memasukkan gambar, memasukkan audio dan lain-lain.

Basic editing video menggunakan movie maker untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk membuat video yang mudah. Kelas pada kali ini pelajar diperkenalkan dengan perisisan dalam movie maker untuk memudahkan mereka dalam menghasilkan video sendiri. Kaedah memuat naik video, lagu, dan membuat transisi dalam video juga diajar pada kelas kali ini. Penggunaan movie maker ini diharapkan dapat membantu pelajar sekiranya mereka mempunyai tugasan penghasilan video di masa akan datang.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 8 Disember 2019 (Ahad)
Masa : 03.00PM – 05.00PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 10 orang

Tujuan

kelas microsoft power point ini bertujuan untuk mengajar para peserta menggunakan perisian microsoft power point.mendedahkan kaedah membuat slide dengan menggunakan microsoft power point. membantu peserta mempelajari penggunaan perisian microsoft power point untuk tujuan pembelajaran. memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan microsoft power point dengan lebih mahir bagi memudahkan mereka pada masa hadapan. memberikan peserta pengetahuan tentang asas aplikasi microsoft power point dan bagaimana menggunakannya untuk pelbagai tujuan. memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi microsoft power point yang mempunyai banyak fungsi untuk pelbagai jenis tugasan.

Aktiviti

Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahakn pelajardengan penerangan menggunakan microsoft power point dengan lebih baik. selain itu menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan microsoft office untuk aktiviti yang akan dilakukan. selain itu, menjadikan Pusat Internet Kg Jeram sebagai satu tempat pembelajaran ICT. Kebaikan dan kelebihan kelas ini adalah pelajar boleh memahami dengan lebih jelas kerana kelas ini adalah bersemuka. selain itu, membantu pelajar untuk menjadi aktif dan celik IT.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 10 Disember 2019 (Selasa)
Masa : 02.30PM – 05.30PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 10 orang

Tujuan

  • Kuiz Kahoot ini diadakan untuk mengembangkan minat pelajar dalam pembelajaran serta meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan cara penggunaan kuiz kahoot. selain itu dapat memberikan ilmu baru dalam menggunakan kuiz kahoot secara online.

Aktiviti

Pelajar yang menyertai kuiz kahoot seramai 10 orang. Para pelajar perlu menjawab 20 soalan berkenaan pembelajaran umum yang disediakan oleh petugas Pusat Internet di laman web Kahoot menggunakan peranti komputer dan telefon mudahalih.

GAMBAR DISINI