Tarikh : 20 Sept 2019 (Jumaat)
Masa : 09.30AM – 11.30AM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan:

  1. Mana-mana pasangan di Selangor yg ingin melangsungkan perkahwinan dikehendaki mengisi borang secara online di laman website https://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new.
  2. Selesai mengisi borang, pasangan perlu mencetak borang tersebut dan hantar ke pejabat agama islam Selangor yang terdekat.

Aktviti:

Pada 20 September 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg batu 19 telah menerima kehadiran peserta yang ingin mengisi borang nikah secara online. Terdiri daripada seorang peserta berumur 24 tahun. Pengisian borang nikah bermula dari jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Sept 2019 (Khamis)
Masa : 03.00PM – 05.00PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

 

  1. Mengenal pasti & mencungkil bakat-bakat mewarna dan kreativiti di kalangan kanak-kanak di Kg Jeram
  2. Menarik minat lebih ramai lagi pengunjung khususnya kanak-kanak untuk datang ke Pusat Internet Jeram
  3. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta yang terlibat dalam pertandingan mewarna ini.
  4. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

 

Aktiviti

Pada 19 September 2019, Pusat Internet Kg batu 19 Jeram telah mengadakan kelas mewarna online. Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk melukis menggunakan program atas talian di komputer. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 3.00 ptg hingga 5.00 petang.

Kelas Mewarna Online ini dijalankan adalah untuk memberikan kemahiran kepada mereka agar biasa menggunakan komputer untuk mewarna secara online. Kami mengajar cara untuk memahami fungsi yang ada pada program mewarna pada tersebut. Pada permulaan ini kami mengajar asas terlebih dahulu dan mereka memahami setiap fungsi pada program tersebut. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada mereka pelbagai pelbagai program yang boleh didapati secara online.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 08 Sept 2019 (Ahad)
Masa : 02.30PM – 04.30PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Peduli sihat bertujuan untuk membantu pengguna yang kurang pendapatannya untuk mudah mendapatkan rawatan dengan adanya bantuan kad peduli sihat pengguna dapat meringankan sedikit kos perbelanjaan perubatan. Link pendaftaran peduli sihat boleh klik di sini https://member.pedulisihat.com/site/createMember

Aktiviti

Beliau telah mempelajari cara mengisi borang peduli sihat secara online di buat pada 08 Sept 2019 di Pusat Internet Jeram.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 15 Sept 2019 (Ahad)
Masa : 10.30AM – 12.30PM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Media sosial dapat membantu usahawan untuk meluaskan penjualan secara atas talian dengan beriklan secara percuma tanpa mengeluarkan kos iklan. 

Aktiviti

Beliau telah datang ke Pusat Internet Jeram untuk mempelajari cara beriklan di facbook.com. aktiviti tersebut di buat pada hari Ahad jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 07 Sept 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00AM– 11.00AM
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Mempelajari online banking adalah untuk memudahkan pengguna mengakses penggunaan secara mudah dirumah dan pada bila-bila masa kita ingin menggunakan online banking tersebut.

Aktiviti

Beliau telah mempelajari online banking di Pusat Internet di Jeram pada jam 10am hingga 11am. Beliau juga dapat memudahkan urusan dengan mengakses online banking dirumah.

GAMBAR DISINI