Tarikh : 21 Mac 2018 (Rabu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pi1m Batu 19 Jeram
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Program ini dilangsungkan untuk melatih kanak-kanak berfikir dengan pantas serta menyelesaikan masalah dengan bijak.

 

Aktiviti

Pada 21 mac yang lalu, telah berlangsungnya satu aktiviti di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Batu 19 Jeram iaitu Pertandingan Teka Silang Kata dan Carian Kata. Acara ini telah berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan program ini dilangsungkan untuk melatih kanak-kanak berfikir dengan pantas serta menyelesaikanmasalah dengan bijak. Peserta yang telah menyertai aktiviti ini seramai 16 orang, mereka terdiri daripada kanak-kanak yang lingkungan umur 8-14 tahun dan juga merupakan ahli PI1M Kg Batu 19 Jeram.

          Acara ini diambil kira dengan cara siapa yang dapat menyelesaikan masalah dan dapat mencari perkataan yang tersembunyi dengan pantas dan cepat dan memberi jawapan tersebut kepada pihak pengurusan PI1M selaku juri pada acara tersebut adalah pemenang untuk acara tersebut.Hampir 1 jam setengah program ini berlangsung dengan telatah peserta untuk memeriahkan program ini. Bersyukur dipermudahkan acara ini.Di penghujung program, pihak juri telah membuat penilaian kepada peserta, hampir semua peserta menyiapkan tugasan dengan pantas dan bijak. tetapi hanya 3 orang pemenang sahaja yang akan dipilih untuk program acara pada bulan ini.Tahniah buat adik-adik yang menang juga adik-adik yang menyertai pertandingan ini.

GAMBAR DISINI

 
Tarikh : 03 Mac 2018 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 petang
Lokasi : Pi1m Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini dibuat adalah untuk memberi ilmu baru kepada pelajar yang tidak fasih menggunakan komputer.

 

Aktiviti

Pada 03 mac 2018, telah membuat kelas di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Batu 19 Jeram iaitu kelas pembelajaran belajar simpan gambar di komputer. Kelas bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Tujuan kelas ini di buat adalah untuk memudahkan pelajar tersebut membuat kerja kursus yang menggunakan gambar-gambar yang diambil melalui internet dan di simpan di komputer.

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 13 Januari 2018 (Sabtu)
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Pi1m Batu 19 Jeram
Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Dapat menimbulkan perasaan gembira kepada pelajar seterusnya menggalakkan interiaksi positif. Selain itu, dapat memahirkan diri dalam pembentukan bahasa yang perlu bagi perkembangan diri.

 

Aktiviti

Pada 13 Januari 2018 yang lepas, petugas PI1M telah menjalankan satu aktiviti berbentuk kuiz menggunakan website kahoot.it. Aktiviti berkenaan bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Peserta yang menyertai aktiviti ini adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Seramai 15 orang pelajar yang terlibat dalam mengikuti aktivti ini. Peserta yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga diberi hadiah berupa barangan dari PI1M seperti file, box kiching dan beg galas. Peserta sangat gembira mengikuti aktiviti ini.

 GAMBAR DISINI

Tarikh : 10 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 petang - 1.00 petang
Lokasi : Pi1m Batu 19 Jeram
Peserta : 37 orang

 

Tujuan 

Untuk melatih usahawan-usahawan online tentang teknik pemasaran

produk secara atas talian dengan lebih berkesan. 

 

Aktiviti

Seramai 37 orang usahawan setempat telah menghadiri program kerjasama GABEM yang julung-julung kali diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu 19 Jeram. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 8.00 pagi, di samping saringan kesihatan yang dilakukan secara percuma. Seterusnya, para peserta mendengar taklimat berkaitan 1Keluarga 1 Syarikat.

    Program diteruskan dengan sesi coaching berkaitan Pembungkusan dan Penjenamaan Produk yang disampaikan oleh wakil dari Dewan Perniagaan Usahawan kecil Malaysia (DPUKM). Para peserta kemudiannya diajar tentang Teknik Kreatif Pemasaran melalui Media Sosial oleh wakil Dazra Ventures & Consultancy. Sesi coaching diakhiri dengan taklimat bertajuk Platform & Pengiklanan Online yang Berkesan daripada Persatuan Usahawan Pusat Internet Malaysia (PUIM).

GAMBAR DISINI 

 

 

Tarikh : 05 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pi1m Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Memudahkan untuk membuat kerja sekolah, belajar memasukkan gambar di dalam word dan memberi kemudahan untuk mencari nota.

 

Aktiviti

Melalui pembelajaran tersebut selepas ini pelajar dapat membuat kerja – kerja sekolah di rumah dengan mudah. Selain itu, memudahkan untuk mencari nota di Microsoft word.

 GAMBAR DISINI