Tarikh : 10 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 petang - 1.00 petang
Lokasi : Pi1m Batu 19 Jeram
Peserta : 37 orang

 

Tujuan 

Untuk melatih usahawan-usahawan online tentang teknik pemasaran

produk secara atas talian dengan lebih berkesan. 

 

Aktiviti

Seramai 37 orang usahawan setempat telah menghadiri program kerjasama GABEM yang julung-julung kali diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu 19 Jeram. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 8.00 pagi, di samping saringan kesihatan yang dilakukan secara percuma. Seterusnya, para peserta mendengar taklimat berkaitan 1Keluarga 1 Syarikat.

    Program diteruskan dengan sesi coaching berkaitan Pembungkusan dan Penjenamaan Produk yang disampaikan oleh wakil dari Dewan Perniagaan Usahawan kecil Malaysia (DPUKM). Para peserta kemudiannya diajar tentang Teknik Kreatif Pemasaran melalui Media Sosial oleh wakil Dazra Ventures & Consultancy. Sesi coaching diakhiri dengan taklimat bertajuk Platform & Pengiklanan Online yang Berkesan daripada Persatuan Usahawan Pusat Internet Malaysia (PUIM).

GAMBAR DISINI