Tarikh : 21 Mac 2018 (Rabu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pi1m Batu 19 Jeram
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Program ini dilangsungkan untuk melatih kanak-kanak berfikir dengan pantas serta menyelesaikan masalah dengan bijak.

 

Aktiviti

Pada 21 mac yang lalu, telah berlangsungnya satu aktiviti di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Batu 19 Jeram iaitu Pertandingan Teka Silang Kata dan Carian Kata. Acara ini telah berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan program ini dilangsungkan untuk melatih kanak-kanak berfikir dengan pantas serta menyelesaikanmasalah dengan bijak. Peserta yang telah menyertai aktiviti ini seramai 16 orang, mereka terdiri daripada kanak-kanak yang lingkungan umur 8-14 tahun dan juga merupakan ahli PI1M Kg Batu 19 Jeram.

          Acara ini diambil kira dengan cara siapa yang dapat menyelesaikan masalah dan dapat mencari perkataan yang tersembunyi dengan pantas dan cepat dan memberi jawapan tersebut kepada pihak pengurusan PI1M selaku juri pada acara tersebut adalah pemenang untuk acara tersebut.Hampir 1 jam setengah program ini berlangsung dengan telatah peserta untuk memeriahkan program ini. Bersyukur dipermudahkan acara ini.Di penghujung program, pihak juri telah membuat penilaian kepada peserta, hampir semua peserta menyiapkan tugasan dengan pantas dan bijak. tetapi hanya 3 orang pemenang sahaja yang akan dipilih untuk program acara pada bulan ini.Tahniah buat adik-adik yang menang juga adik-adik yang menyertai pertandingan ini.

GAMBAR DISINI