Tarikh 05 September 2018 (Rabu)
Masa 03.00 petang – 05.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Untuk menjadikan pelajar yang sertai kuiz KAHOOT fokus dalam menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar melalui permainan secara interaktif. Dapat menguji kefahaman pelajar mengenai cara penggunaan internet dengan bijak (klik dengan bijak) disamping menguji kefahaman pelajar mengenai fungsi pusat internet, masa operasi dan sedikit kefahaman mengenai perkakasan komputer.

 

Aktiviti

Kelas E-Pembelajaran telah dijalankan pada 5.9.18 pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00petang. Pelaksanaan kegiatan ini dilakukan oleh para pelajar sekolah rendah yang menetap berhampiran PI1M.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 04 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office dibuat di Pusat Internet adalah untuk memberi peluang kepada pengguna belajar mengenai komputer untuk memudahkan mencari kerja dengan adanya sijil komputer yang telah dihadiri di Pusat Internet.

 

Aktiviti

Antara kelas yang diikuti oleh adik Syafika adalah kelas microsoft word dan microsoft excel. Kelas yang dihadiri pada hari Sabtu 4 Ogas 2018 bermula jam 10am - 12pm.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 14 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan pengenalan dashboard my komuniti dan my shop dibuat adalah memudahkan pengguna di Pusat Internet menghebahkan atau berkongsi mengenai aktiviti atau majlis tertentu untuk diberitahu kepada penduduk setempat. Manakala my shop pula untuk memberi peluang kepada pengguna menjual produk yang mereka jual ke dalam aplikasi dashboard di bahagian my shop. Selain itu juga pengguna boleh membeli barangan setempat di kawasan Jeram hanya dengan melihat di bahagian my shop.

 

Aktiviti

Aktiviti dashboard dibuat di Pusat internet Jeram bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu. Yang menghadiri kelas adalah 2 orang sahaja terdiri daripada pelajar sekolah menengah.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 14 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas komputer (microsoft word) dibuat adalah untuk memudahkan pelajar membuat kerja kursus dengan menaip di bahagian microsoft word. Selain itu dapat mempelajari cara penggunaan microsoft word dengan betul.

 

Aktiviti

Aktiviti yang dibuat adalah mempelajari setiap bahagian paparan di bahagian atas dan cara menggunakan setiap bahagian tersebut (home, page layout, references, mailing, review, view etc)

GAMBAR DISINI

Tarikh : 10 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pi Batu 19 Jeram
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Internet carian maklumat dibuat bertujuan untuk memudahkan pelajar mencari bahan untuk kerja kursus sekolah mereka. Selain memudahkan pelajar mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai kerja - kerja kursus yang diberikan oleh cikgu sekolah mereka.

 

Aktiviti

Kelas internet carian maklumat ini dijalankan di Pusat Internet Jeram dan dihadiri dengan 16 orang pelajar. Kelas bermula pada jam 3 petang - 5 petang pada hari selasa.

GAMBAR DISINI