FIREFLY PARK RESORT KAMPUNG BUKIT BELIMBING

Selain di Kampung Kuantan, anda sekeluarga juga dapat menikmati pemandangan penuh magikal kelip-kelip di Bukit Belimbing. Aktiviti yang ditawarkan Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing ini cukup menarik untuk dicuba. Sepertimana di Kampung Kuantan, anda akan menaiki bot yang akan menyelusuri sepanjang Sungai Selangor untuk melihat kelibat gerombolan kelip-kelip yang banyak terdapat di sekitar pohon-pohon Berembang di tepian sungai. Kebiasaannya, kelip-kelip akan mula menunjukkan diri sekitar 1 jam selepas matahari terbenam. Cahaya yang dihasilkan cukup terang pada sekitar 2 ke 3 jam terawal dan semakin berkurang apabila menghampiri waktu subuh.


Address: Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Telephone No: 03-3260 1208
Website: https://www.facebook.com/FireflyParkResort/