Tempoh dua minggu ini amat penting untuk kita semua memutuskan rantaian jangkitan #COVID19.  

#stayathome

Tiada pertambahan zon merah dan kekal 17 daerah.

 

Tiga daerah paling tinggi kes:

 

1. Lembah Pantai 367

2. Petaling 308

3. Hulu Langat 307

 

Jika berlaku peningkatan kes secara mendadak di satu-satu kawasan, PKPD akan dikenakan bagi mencegah jangkitan daripada merebak.

 

- CPRC KKM

 

#stayathome

 

 

Statistik COVID-19 bagi negara di seluruh dunia, 4 April 2020

 

Negara Amerika Syarikat terus mencatatkan kes yang tertinggi di dunia.

 

Bagi negara Itali  pula mempunyai kadar peratusan kematian tertinggi di dunia iaitu 12.25%  diikuti dengan negara Perancis, 10% dan Sepanyol, 9.39%.

 

#stayathome

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID19 Berisiko Rendah MAEPS ini dibangunkan sebagai salah satu usaha proaktif kerajaan mempersiapkan kemudahan kesihatan bagi menghadapi penularan wabak COVID19.

 

Pembangunan Pusat ini merupakan idea YAB Perdana Menteri sendiri dan pembangunannya dengan pantas telah dilaksanakan dalam tempoh 3 hari sahaja, hasil kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta lain-lain agensi kerajaan. Buat masa ini, hospital dan lain-lain kemudahan seperti institut latihan KKM serta lain-lain kemudahan yang telah dikenalpasti masih dapat menampung jumlah pesakit yang kian meningkat.

 

Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba.

 

#stayathome

 

 

TERKINI #COVID19 di Malaysia, 04 April 2020.

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 88 kes

 

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 915 kes

Terima kasih kepada semua!?

 

#Stayathome

#COVID19Malaysia

#KitaMestiMenang

#dudukdirumah