Nama : Mohd Nur Iman Hamzah Bin Abdullah
Umur 9
Ahli 2018

 

Latar belakang

Mohd Nur Iman Hamzah Bin Abdullah merupakan pelajar Tahun 3 yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jeram dan merupakan salah seorang ahli berdaftar di PI Kg Batu 19 Jeram, beliau mula mendaftar ahli dan mengunjungi PI sejak tahun 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, beliau banyak meluangkan masa lapang bersama rakan-rakan untuk bermain. Beliau mengulangkaji dan belajar menggunakan kaedah seperti berpandukan buku teks dan buku rujukan. Berkenaan dengan pengetahuan ICT, ternyata beliau tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakan komputer dan kurang menyedari mengenai kepentingan ICT sepenuhnya

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas wujudnya Pusat Internet di Kampung Batu 19 Jeram, rutin harian masa lapang beliau turut berubah. Beliau lebih suka meluangkan masa lapang di Pusat Internet waktu persekolahan dan hujung minggu. Kelas dan latihan ICT yang disediakan di Pusat Internet banyak membantu beliau untuk menguasai penggunaan komputer dan memahami kepentingan ICT. Beliau juga menyedari internet kini adalah medium penting dalam kehidupan seharian. Bagi adik Mohd. Iman segalanya adalah sangat mudah dengan wujudnya internet. Pada pendapat beliau, kemahiran pengetahun ICT perlu didedahkan bermula dari peringkat sekolah rendah untuk membantu dalam proses pembelajaran yang lebih efektif.