PENGUSAHA ROCK MELON

Nama : Masriah Binti Dikon
Umur : 74
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Masriah merupakan satu-satunya anak jati Jeram yang mengusahakan tanaman rock melon di Jeram. Beliau yang berumur 74 tahun didapati amat berminat dalam usaha penanaman yang memberikan keuntungan ini. Beliau mengakui mendapat idea untuk menanam rock melon selepas melihat kejayaan beberapa orang rakannya di samping membuat kajian dan rujukan melalui Internet.

 Puan Masriah telah  menyertai program Ladang Kontrak melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 2009 di mana ia memperkenalkan dan mempromosikan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Pasar Tani yang menawarkan produk-produk segar dengan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Kini beliau sudah boleh berbangga memiliki 1,500 batang pokok rock melon. Tanaman ini memerlukan penjagaan yang rapi kerana penjagaan yang sambil lewa boleh memberi kesan kepada penghasilan buah. Buah ini boleh dipetik setelah 75 hari dan secara purata beliau berjaya menghasilkan 3 metrik tan buah bersaiz premium seberat 1.5kg hingga 2.5kg sebiji untuk diambil oleh pihak FAMA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan di PI beliau hanya mempromosikan di FAMA, sekitar Jeram dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau telah membuat facebook page untuk meluaskan lagi promosi tanaman rock melon. Melalui medan facebook dan facebook group, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar produk yang dibuat olehnya yang akan menarik perhatian rakan – rakan di facebook.