Nama

: Zaharah Binti Sharif

Umur

: 61 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Puan Zaharah merupakan anak jati Kg Jeram. Beliau menjalankan perniagaan membuka gerai makan di Pantai Jeram. Pengunjung yang dating ke Pantai Jeram merupakan antara pelanggan yang akan berkunjung ke Gerai makan Pn Zaharah. Antara menu yang di jual seperti mee sup, soto, kerang bakar, asam pedas ikan dan pelbagai lagi menu sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya. Beliau juga mempromosikan secara mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh PEDi, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatannya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PEDi, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.