Nama

: Nurul Hafiza Binti Muhamad Tawil

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2023

Latar belakang

Puan Nurul Hafiza merupakan anak jati Kg Bukit Kuching. Beliau merupakan agen bagi produk Amway. Beliau merupakan seorang suri rumah yang mengisi masanya dengan membuat jualan secara dropship di media sosial. Beliau menjual produk Amway, iaitu sejenis produk vitamin dan makanan tambahan kepada badan manusia. Ramuan yang terdapat di dalam produk Amway adalah berasaskan Sains Moden dan Kearifan Herba menjadikannya Nutrisi Herba Moden pada zaman kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh PEDi, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatannya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PEDi, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin