Nama Nur Farifah Binti ishak
Umur 27
Ahli 2009

 

Latar belakang

Farifah merupakan pelajar Politeknik di Selangor dan merupakan salah seorang ahli berdaftar di PIK Kg Batu 19 Jeram, beliau mula mendaftar ahli dan mengunjungi PIK sejak tahun 2009.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK 

Sebelum pengunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Komuniti, beliau banyak membuat kerja – kerja kursus di rumah sahaja. Beliau membuat kerja kursus menggunakan bahan rujukan asas dan mendapatkan data dari rakan sekelasnya. Beliau juga kurang mahir untuk membuat kerja – kerja menggunakan computer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau mengenali Pusat Internet. Beliau lebih suka meluangkan masa lapang di Pusat Internet Komuniti  sewaktu PKP. Kelas dan latihan ICT yang disediakan di Pusat Internet Komuniti banyak membantu beliau untuk menguasai penggunaan komputer dan memahami kepentingan ICT. Beliau juga menyedari internet kini adalah medium penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga dapat menyiapkan kerja – kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah beliau.