Nama : Zayarinah Binti Mad Jaya
Umur : 47
Ahli : 2010

Latar belakang

Puan Zayarinah merupakan seorang surirumah dan usahawan yang semakin berjaya. Beliau merupakan seorang bekas guru Taska Anak Sayang di Kapar. Namun dengan minat yang tinggi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, beliau berhenti sebagai guru tetap dan menceburi bidang perniagaan. Beliau bermula dengan pelbagai perniagaan sehingga beliau menceburi bidang peniagaan pelancongan..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh Pusat Internet Komuniti, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatan nya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Terutamanya Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PIK, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.