Nama : Susilawati binti Samsudin @ Shamsudin
Umur : 46
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Puan Susilawatibinti samsudin @ shamsudin merupakan seorang usahawan yang memasarkan produk biskut,roti dan kek yang perniagaanya dinamakan Su Sinar Gemilang Enterprise. Pada permulaan perniagaan, beliau hanya memasarkan produk di kedai yang terletak di Bandar Kuala Selangor dan kemudian membuka sebuah lagi kedai di Taman Siakap Jeram. Dan kini perniagaan beliau telah berkembang di sekitar Jeram dan Kuala Selangor. 

 

Sebelum Penggunaan Ict / Penglibatan Pi

Sebelum penglibatan di PI, beliau hanya mempromosikan produk biskut, roti dan kek melalui kedai beliau di Kuala Selangor dan Taman Siakap Jeram sahaja sambil mempromosikan kepada rakan – rakan melalui whatsapp. 

 

Selepas Penggunaan Ict / Penglibatan Pi

Kini, Puan Susilawati telah membuka akaun facebook dan instagram untuk meluaskan lagi promosi produk beliau. Melalui laman sosial facebook dan instagram, beliau boleh memuatnaik gambar aktiviti serta gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi oleh semua rakan facebook serta dalam masa yang sama menarik perhatian pengguna facebook untuk membeli barangan yang telah dipromosikan.

Facebook : https://www.facebook.com/susilawati.shamsuddin