Nama : Muba'anah Binti Mohd Nor
Umur : 61
Ahli

: 2018

 

 

Latar belakang

 

Puan Muba’anah menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu kuih frozen. Beliau telah mengeluarkan makanan frozen seperti kuih muffin, pau, dan karipap. Kuih biasanya memdapat sambutan dari pihak ramai kerana kuih ialah sebahagian dari makanan harian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengambil tempahan kuih frozen di kalangan kawan – kawan dan juga orang disekitar Jeram sahaja. Selain itu pendapatan yang diterima olehnya juga dengan kadar yang rendah di bawah kadar Rm 500.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menghadiri kelas keusahawanan di PI Kg Batu 19 Jeram, beliau telah mempromosikan makanan frozen  tersebut menggunakan medium Facebook. Teknologi di hujung jari mampu meraih pendapatan yang berganda. Pendapatan beliau meningkat dari RM500-RM1000 telah membawa kepada semangat untuk terus mempromosikan lagi produk menggunakan medium Facebook.

 

Facebook : https://www.facebook.com/mubaanah.mohdnor