Latar belakang

Puan Hafiza merupakan agen produk Lovlin Bird’s Ness di sekitar Jeram. Beliau mula aktif berniaga sejak tiga setahun yang lalu. Produk Lovlin Bird’s Ness dijual kepada kenalan serta sedara-mara yang terdekat sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Beliau juga tidak mempromosikan produk beliau menggunakan media sosial. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Batu 19 Jeram, beliau kini telah memiliki pages facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk Lovlin Bird’s Ness. Pelanggan beliau dari seluruh Kuala Selangor yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui pages facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.

 

Facebook : https://www.facebook.com/nurulhafiza.muhamadtawil