Latar belakang

Cik Nurul memulakan perniagaan pada awal tahun 2020 dimana dia membantu perniagaan pakaian bundle keluarganya. Selain itu beliau telah menambah lagi penjualan barangan kosmetik secara atas talian dan juga menjual di rumah.

 

Dalam masa 3 bulan permulaan beliau untuk menceburi dalam bidang perniagaan agak susah untuk mencari pelanggan tetapi beliau tidak putus asa dan terus membuat jualan pada rakan dan saudara terdekat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI beliau hanya mempromosikan sekitar Jeram dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsaap. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau telah membuat akaun facebook untuk jualan dan blajar cara mempromosikan produk di group facebook dan instagram serta mendaftar akaun shoppee untuk meluaskan lagi promosi pakaian bundle dan kosmetik. Melalui media sosial dan e-dagang, beliau boleh mempromosikan melalui aktiviti serta gambar-gambar produk yang dibuat olehnya yang akan menarik perhatian rakan – rakan.

 

Facebook https://www.facebook.com/Erny_WawaCosmetics-101630294959827/