Puan Haszelynn memulakan perniagaan butik pengantin dari bawah. Bermula sekecil-kecilnya dengan modal masa itu hanya RM5K. Bermula bukanlah sebuah butik yang lengkap tetapi sekadar memberikan perkhidmatan sewaan busana sahaja. Masa tu kelam kabut nak dapatkan pelanggan. Maklumlah terpaksa bersaing dengan otai-otai. Alhamdulillah, selepas 3 tahun baru nak menampakkan hasil.

 

Tempoh 3 tahun pertama perniagaan adalah tempoh sukar. Ini adalah kerana kekangan modal yang sangat terhad yang menyebabkan kaedah pemasaran yang sangat terhad. Seperti yg semua maklum, nak memasarkan servis masa tu dengan modal permulaan sebanyak itu apa la sangat yang boleh saya buat. Mmg pemasaran di internet free, tapi dah komputer dan internet pun tak mampu dibeli membuatkan pemasaran terbantut.

 

Permulaan perniagaan saya pada tahun 2010. Tahun 2013 baru nak menampakkan pelanggan bukannya keuntungan. Jadi kepada usahawan industri perkahwinan yang baru bermula, anda amat beruntung pada masa sekarang kemudahan internet ada di mana-mana sehingga perniagaan dipermudahkan hanya dihujung jari. Manafaatnyanya.. Insyaallah.