AZIAH BT MOHAMMAD YUNOS

Saya adalah pengusaha kilang sabun X’cell. Saya mula menceburkan diri dalam industri perkilangan apabila suami saya mendapat tawaran daripada Sirim untuk menghasilkan produk pencuci sabun serbuk dari kalangan bumiputera. Pada permulaanya saya mesti memiliki sebuah syarikat berdaftar atas nama saya. Dan selepas itu saya dihantar kursus yang berkaitan dengan industri sabun. Kursus pertama yang saya hadiri adalah kursus dalam pembuatan sabun serbuk yang dijalankan oleh Sirim dan selepas itu, pelbagai lagi kursus yang berkaitan untuk saya memulakan perniagaan. Walaupun semua kursus telah diberikan oleh sirim. Saya perlu mempunyai modal untuk memperolehi resepi yang telah direka khas oleh sirim. Serta telah diiktiraf oleh sirim tentang kualiti sabun. Pelbagai kajian dilakukan keatas produk sabun X’cell untuk menjamin kualiti yang tinggi.